Oleh: MOHD. HAFIZ TAJUDIN
TELOK AYER TAWAR – Nasib empat buah keluarga yang menjadi mangsa kejadian ribut di sini baru-baru ini memperoleh perhatian Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman yang hadir menyampaikan sumbangan.
Selain bumbung diterbangkan angin, siling rumah keempat-empat mangsa berkenaan turut mengalami kebocoran sehingga mengakibatkan kerosakan kepada perabot dan peralatan dalam rumah masing- masing.
Sumbangan khas bencana bernilai RM1,000 masing-masing disampaikan Mansor kepada mangsa, Abdullah Junos, 65, Azizah @ Che Putih Yunus, 66, Puaat Yunus, 55, dan Mohamad Faizal Mohamad Abdul Latif, 24.
Turut hadir, Pegawai Daerah Seberang Perai Utara, Jusni Ismail; Penolong Pegawai Daerah SPU, Hakmal Efendi Ishak dan Penghulu Telok Ayer Tawar, Alias Saad.