Mansor, PKR serah RM10,000 bantuan mangsa banjir di Kedutaan Thai

MANSOR Othman (berkot, kanan) menyerahkan cek sumbangan RM10,000 untuk membantu mangsa banjir di Thailand kepada Voradet Viravakin (berkot, kiri) di Kedutaan Thailand, di sini baru-baru ini.
MANSOR Othman (berkot, kanan) menyerahkan cek sumbangan RM10,000 untuk membantu mangsa banjir di Thailand kepada Voradet Viravakin (berkot, kiri) di Kedutaan Thailand, di sini baru-baru ini.

 

GEORGE TOWN – Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman menyempurnakan penyerahan sumbangan RM10,000 untuk membantu mangsa banjir di Thailand.

Sumbangan itu diserahkan oleh beliau bersama-sama delegasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri kepada kepada Ketua Konsul Thailand, Voradet Viravakin, di Kedutaan Thailand, di sini baru-baru ini.

“Kita berasa cukup prihatin dengan mangsa banjir di negara jiran kita (Thailand), sumbangan ini mungkin kecil, tetapi, saya percaya ianya cukup bermakna bagi meringankan beban rakyat di sana.

“Kesempatan ini, suka saya mengucapkan tahniah kepada Pusat Khidmat Rakyat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tengah,Ong Chin Wen serta peringkat parti (PKR) kerana memulakan usaha kemanusiaan ini di peringkat negeri,” kata beliau, dipetik daripada pihak penganjur.

Pada 4 November lepas, sebanyak 130 meja dijual antara RM500 hingga RM5,000 semeja bagi menjayakan Majlis Jamuan Makan Amal Membantu mangsa banjir Thailand di Dewan Orang Ramai, Perkampungan Juru, Seberang Perai Tengah.

Majlis tersebut turut disertai oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Badrul Hi sham Shaharin atau “Che’guBard” (Presiden dan pendiri Solidariti Anak Muda Malaysia, SAMM), Tian Chua (Ahli Parlimen Batu  merangkap Ketua Penerangan PKR) dan Chang Leh Kang (ADUN Teja).