Masalah longkang tersumbat dapat perhatian PPK

Admin

PENAGALanjutan daripada maklum balas penduduk berhubung masalah longkang tersumbat, Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (PPK) Penaga, Rosidi Hussain telah bertindak menghubungi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Seberang Perai Utara (SPU) untuk tindakan segera.

Beliau memberitahu bahawa, pihaknya sering menerima aduan masalah longkang tersumbat dan menyebabkan bau kurang menyenangkan ekoran saluran berkenaan dipenuhi sampah-sarap.

“Air tidak boleh mengalir ke longkang besar menyebabkan ianya bertakung dan berbau.

“Lebih teruk lagi takungan tersebut kini menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes,” ujar Rosidi di sini baru-baru ini.

Rentetan itu, Rosidi telah mengambil tindakan pantas dengan memaklumkan permasalahan tersebut kepada pihak JPS SPU.

“Harap-harap tindakan segera dapat diambil,’’ kata beliau.

 ROSIDI Hussain (berkopiah) bersama salah seorang penduduk mengadakan lawatan ke kawasan longkang tersumbat di sini baru-baru ini.
ROSIDI Hussain (berkopiah) bersama salah seorang
penduduk mengadakan lawatan ke kawasan longkang
tersumbat di sini baru-baru ini.