Masjid Melayu Lebuh Acheh bakal dinaiktaraf

GEORGE TOWN Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, pihaknya sedia menjadikan Masjid Melayu Lebuh Acheh di sini sebagai salah satu bangunan warisan negara.

Namun, sebelum itu, beliau memohon Kerajaan Negeri terlebih dahulu mengisytiharkan masjid berkaitan sebagai ikon warisan negeri dengan membaiki struktur yang perlu dengan pengekalan ciri- ciri asal.

“Kita akan memastikan bangunan Masjid Melayu Lebuh Acheh terus dipelihara bagi mengembalikan ‘kemeriahan’ masjid ini yang penuh dengan sejarah, pusat penyebaran ilmu, transit jemaah haji dan penerbitan kitab agama.

rumah warisan di sekeliling masjid berusia 207 tahun ini bakal ditanggung pihak kementerian saya,” ujarnya pada Majlis Perasmian Festival 207 Sambutan Ulang Tahun Ke-207 Masjid Melayu Lebuh Acheh di sini baru-baru ini.

“Namun, sebelum itu, saya pohon Kerajaan Negeri terlebih dahulu menaikkan taraf masjid ini sebagai ikon warisan negeri. Saya juga ingin melihat struktur masjid ini dibaiki agar ianya kembali kepada bentuk asal seperti sesetengah bahagian mungkin boleh dikekalkan dengan atap nipah.

Turut hadir, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng, Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ Abdul Malik Abul Kassim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Teh Lai Heng dan ADUN Permatang Pasir yang juga Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Dato’ Mohd. Salleh Man, Pengerusi Yayasan Islam

Pulau Pinang (YIPP) merangkap Ahli Parlimen Nibong Tebal, Dato’ Mansor Othman, Ahli Parlimen Tanjung, Ng Wei Aik dan pengerusi penganjur, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa.

“Serentak itu, segala kos penambahbaikan serta naiktaraf

Menurut Mohamed Nazri, beliau berhasrat melihat keindahan Masjid Melayu Lebuh Acheh tersebut setanding dengan Masjid Kapitan Keling yang terletak berdekatan.

“Melalui inisiatif ini juga, para pelancong berpeluang melihat keunikan serta daya tarikan khazanah milik masyarakat Islam di Pulau Pinang khususnya masjid yang melebihi 200 tahun ini,” ujar beliau.

Dalam pada itu, Guan Eng menyatakan bahawa adalah penting Masjid Lebuh Acheh terus dipelihara bagi menjamin warisan Islam berkaitan kekal sebagai ‘warisan hidup’.

“Apabila menyentuh tentang warisan, tidak semestinya hanya bergantung kepada barang-barang purba dan antik untuk pameran sahaja.

“Masjid ini berkedudukan strategik di zon teras Tapak Warisan Dunia UNESCO dan menyaksikan pelbagai rumah ibadat lain dibina berhampiran tanpa perasaan prejudis, sebaliknya mengamalkan toleransi.

“Ini secara tidak langsung membuktikan bahawa masyarakat majmuk di Pulau Pinang sudah berkembang sejak berabad lamanya sehingga kini,” ucap beliau.

Tambah Guan Eng, dengan adanya sejarah hebat seperti Masjid Melayu Lebuh Acheh, ianya mampu menarik lebih ramai pelancong dari Timur Tengah khususnya.

Masjid Melayu Lebuh Acheh dibina oleh kerabat diraja Acheh, Tengku Syed Hussain Al- Aidid pada tahun 1792 dan siap, 1808.

Makam Tengku Syed Hussain serta waris-waris keluarga terdekat turut disemadikan di perkarangan masjid berkenaan.

d.getElementsByTagName(‘head’)[0].appendChild(s);