PENAGA – Sebanyak 82 buah masjid dan 80 buah surau seluruh Parlimen Kepala Batas menerima sumbangan Ehya Ramadan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam, Dato’ Seri Reezal Merican Naina Merican.
Beliau menyampaikan sumbangan tersebut dalam Majlis Sumbangan Ehya Ramadan Parlimen Kepada Batas ekat Masjid Asy-Syakirin Permatang Sintok, Penaga di sini sebentar tadi.
Semasa berucap, Reezal Merican berharap agar sumbangan tersebut dapat membantu mengimarahkan bulan suci umat Islam itu terutamanya di Parlimen Kepala Batas.
“Kita mahu masjid-masjid dan surau di Parlimen Kepala Batas ini jadikan Ramadan sebagai satu ‘pesta’ yang meriah dengan aktiviti bermanfaat.
“Apabila tuan-tuan melaksanakan tanggungjawab tersebut maka ia lebih berkat, dapat menjalankan ibadah dengan tenang dan pahala kebaikan akan kembali semula kepada tuan-tuan.
“Sepatutnya saya hanya perlu beri bantuan bagi Kawadan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Bertam sahaja, namun saya tidak sampai hati kerana Parlimen Kepala Batas ini dekat sangat di hati saya,” katanya.
Setiap masjid menerima sumbangan tunai RM1,000 berserta kurma dan takwin Ramadan manakala surau menerima RM500.
Hadir sama, Pegawai-pegawai Penyelaras KADUN Parlimen Kepala Batas; Pegawai Daerah bagi Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Mohd. Hafiz Aswad Nadzri dan pengerusi-pengerusi masjid dan surau terlibat.
Teks & Gambar : WATAWA NATAF ZULKIFLI