Masukan bazar Ramadan dalam kalendar pelancongan negeri wajar

Admin
47b0a712 ce29 4fbc 9d55 cc9f8ad9b082 KETUA Menteri (tiga dari kiri) dengan diiringi beberapa pemimpin Liga Muslim Pulau Pinang menyantuni salah seorang peniaga Bazar Ramadan Lebuh Queen @ Ramadan Fiesta di sini pada 2 Mac 2025.

GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow berkata bahawa pentadbirannya akan berusaha memasukkan penganjuran bazar Ramadan terpilih dalam kalendar pelancongan negeri bagi tahun 2026.

76e5c7e7 f78a 453d bc1e 0a2d76b09f8a
KETUA Menteri

Exco Kewangan, Pembangunan Ekonomi & Tanah dan Komunikasi berkenaan memberitahu perkara itu seusai menyempurna acara perasmian pembukaan Fiesta Ramadan Lebuh Queen dekat Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town, anjuran Liga Muslim Pulau Pinang di sini pada 2 Mac 2025.

“(Atas sebab sambutan daripada pengunjung setempat dan pelancong asing), kita (selaku Pihak Berkuasa Negeri) perlu lihat macam mana jenamakan bazar Ramadan kepada Fiesta Ramadan (yang mana) bukan di satu tempat, tetapi di bahagian pulau atau Seberang Perai.

“Kita (selaku Pihak Berkuasa Negeri) boleh mempromosi Fiesta Ramadan sebagai tempat mesti kunjung sepanjang bulan Ramadan.

“Ada juadah yang hanya boleh diperoleh semasa Ramadan sahaja, maka ini suatu tarikan (pelancongan) juga.

“(Penjenamaan semula bazar Ramadan sebagai Fiesta Ramadan), itu tujuannya iaitu untuk membawa masuk dalam kelendar pelancongan negeri,” jelasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota merangkap Ahli Parlimen Batu Kawan.

ee2e6ad7 364c 4daf b2a3 407b50d11a32
HAJA Najmudeen Kader

Berucap dalam majlis berkaitan sebelum itu, Presiden Liga Muslim Pulau Pinang, Dato’ Seri Haja Najmudeen Kader yang menyatakan bahawa Bazar Ramadan Lebuh Queen yang dianjurkan sejak 22 tahun lepas kini dijenamakan semula sebagai Fiesta Ramadan atau Festival Makanan Ramadan kerana potensi acara itu dalam merancakkan lagi aktiviti ekonomi penduduk lokal serta menggamit ramai pelancong asing.

Sehubungan itu, Najmudeen mencadangkan pentadbiran Kon Yeow mengambil langkah permulaan dengan memasukkan penganjuran Bazar Ramadan Lebuh Queen atau Fiesta Ramadan di sini dalam kalendar acara pelancongan negeri pada tahun depan.

“Kalau kita lihat di seluruh dunia, Octoberfest telah menarik ramai pengunjung tempatan dan pelancong asing ke Munich, Jerman; begitu juga Soup Fest di Kanada; Food & Wine Festival di Melbourne; Salon du Chocolat (festival coklat) di Paris.

“Kalau kita ambil pendekatan itu, di negeri ini, Penang Street Food memang terkenal…maka, Liga Muslim Pulau Pinang bersedia bersama-sama Kerajaan Negeri untuk mempromosi bazar-bazar Ramadan ini (yang mana) kalau boleh Ramadan Food Festival ini mendapat sokongan Kerajaan Negeri (untuk dimasukkan dalam kalendar acara pelancongan negeri),” ujarnya.

Turut berucap, Pengerusi Penganjur Bazar Ramadan Lebuh Queen merangkap Ketua Pemuda Liga Muslim Pulau Pinang, Jamil Ghani.

Hadir sama, Timbalan Presiden Liga Muslim Pulau Pinang, Dato’ Dr. Shahul Hamid dan Md. Nor selaku Setiausaha Kehormat bagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkenaan.

af717d4e 54f8 41a2 bd77 a4118606284b
KETUA Menteri sendiri turut mengambil bahagian dalam majlis agihan bubur lambuk anjuran NGO Anjuman Himayathul Islam di Lebuh Chulia di sini pada petang tadi.

Sebelum itu, Kon Yeow turut meluangkan masa menyertai acara agihan bubur lambuk kepada penduduk lokal, yang dianjurkan oleh NGO Anjuman Himayathul Islam dekat Lebuh Chulia.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : NOOR SITI NABILAH NOORAZIS
Video : SITI NURATIKAH RAHMAT