MBPP buka permohonan sewaan 55 gerai sehingga akhir Oktober

Admin
cf1c6af2 c88d 455a 9809 10b49c9fef0e

GEORGE TOWN – Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) membuka permohonan bagi sewaan 55 gerai di pasar, kompleks makanan dan pusat penjaja di 14 lokasi sehingga akhir Oktober ini.

Ahli Majlis MBPP, Tan Soo Siang berkata mereka yang gagal membuat permohonan dalam tempoh tersebut tidak akan layak untuk sesi temuduga.

“Sesi temuduga bagi permohonan bulan ini akan dijalankan secara dalam talian pada 31 Julai ini.

“Mereka yang berminat boleh mendaftar di ulesen.mbpp.gov.my.,” katanya semasa sidang media dekat sini, semalam.

Soo Siang berkata, bagi mereka yang menghadapi kesukaran untuk mendaftar secara dalam talian, mereka boleh hadir secara terus atau menghubungi Jabatan Perlesenan MBPP di 04-263 8818 sambungan 307/308/309/310.

c56f880f cc95 49e2 b3e2 d04522910025
Notis pemberitahuan permohonan penyewaan gerai.

“Pemohon juga dinasihatkan untuk memastikan sambungan internet dalam keadaan baik bagi mengelakkan gangguan semasa sesi temuduga.

“Mereka juga digalakkan untuk memeriksa kualiti audio dan visual terlebih dahulu serta berpakaian kemas secara formal,” ujarnya.

Difahamkan, bahawa pada bulan Jun lalu sebanyak 82 permohonan sewaan gerai telah diterima oleh MBPP dengan 25 daripadanya berjaya, 40 tidak berjaya dan 17 lagi tidak hadir.

Oleh: NURUL HAWA FARAHIN HAMEDDY
Gambar: ALISSALA THIAN