MBPP & Intel tanam 115 batang pokok hijaukan laluan basikal

Admin

HIJAU…. Pokok tembusu, penaga laut, sealing wax palm dan kelat paya antara jenis tumbuh-tumbuhan yang ditanam di sepanjang laluan basikal berhampiran Intel PG9 dan Kristal Point, baru-baru ini.

Inisiatif tersebut merupakan sebahagian daripada matlamat menjadikan Pulau Pinang sebuah negeri Bersih, Hijau, Selamat dan Sihat.

Sebanyak 115 batang pokok di tanam di sepanjang laluan tersebut dalam usaha menceriakan lagi laluan basikal berkaitan yang baharu dibuka kepada umum terutamanya penggemar aktiviti kayuhan basikal santai yang menghubungkan terus hingga ke Bayan Lepas.

Program kerjasama di antara Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Intel Malaysia tersebut turut disertai 50 orang sukarelawan yang terdiri daripada kakitangan syarikat semikonduktor berkaitan.

Datuk Bandar MBPP, Dato’ Ar. Yew Tung Seang dan Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan, Mohamed Akbar Mustapha hadir sama meluangkan masa bersama-sama yang lain menanam pokok.