MBPP pertimbang bina semula Kompleks Penjaja Pantai Mas

Admin
6d869dfa 2819 47ee 80ab 6152984f4851

TANJUNG BUNGA – Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) sedang mempertimbangkan umtuk membina semula Kompleks Penjaja Pantai Mas Huma House dekat Batu Feringghi yang musnah dalam satu kebakaran semalam.

Datuk Bandar bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Dato’ Ir. A. Rajendran berkata pada masa ini Kerajaan Negeri dan MBPP sedang menunggu laporan mengenai punca kejadian tersebut.

“Kita masih menunggu laporan forensik daripada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), seterusnya barulah kita boleh putuskan sama ada akan bina semula Kompleks Pantai Mas ini di tapak sedia ada atau tidak.

ba3da1fc 81fe 457f a1c7 4cbadfab36bf“Setakat ini, pertimbangan kita adalah untuk membenarkan para penjaja berniaga di bahagian hadapan yang mana perkara ini akan diputuskan selepas perbincangan bersama-sama Kerajaan Negeri,” katanya ketika melawat tapak kebakaran kompleks terbabit di sini pagi tadi.

Hadir sama, Exco Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar & Desa, Jason H’ng Mooi Lye; Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital, Zairil Khir Johari dan Ahli-ahli Majlis bagi MBPP.

Rajendran berkata, sebanyak 32 daripada 40 kedai musnah dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku pada semalam (Ahad), yang dipercayai akibat kecuaian individu dalam mengendalikan petrol.

“Apapun saya nasihatkan peniaga-peniaga di sini untuk membuat laporan polis terlebih dahulu,” katanya.

5e5b6738 863c 4605 ab84 adcac6e77beb

Dalam pada itu, Zairil memberitahu bahawa kebajikan para peniaga terlibat turut menjadi keutamaan pihak Kerajaan Negeri.

“Kita akan cuba usahakan bantuan segera yang mana sedikit sebanyak dapat membantu penjaja di sini.

“Sebelum ini memang ada perbincangan untuk menaik taraf kompleks yang sudah berusia hampir 50 tahun ini, lepas kejadian kebakaran ini nampaknya kita perlu bangunkannya semula,” ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bunga.

 

e2841c81 333d 4da7 a875 7f0e7b82a5f1

Dalam perkembangan lain, Mooi Lye menegaskan bahawa bermula 1 September ini, aktiviti menunggang kuda di pantai Batu Feringghi akan diharamkan sama sekali.

Ini ekoran terlalu banyak aduan yang diterima berhubung aktiviti tersebut yang menyebabkan berlakunya kacau ganggu kepada orang awam di kawasan pantai.

“Selepas mesyuarat baru-baru ini, maka Kerajaan Negeri putuskan untuk menghentikan dan mamatkan aktiviti berkuda demi keselamatan pelancong  serta aspek kebersihan.

“Kita menerima banyak aduan daripada operator hotel dan pelancong, maka kita menetapkan bermula 1 September akan haramkan aktiviti berkuda sepanjang persisiran pantai.

“Banyak lagi faktor lain, seperti kebajikan haiwan yang tidak dijaga, kesalahan binaan struktur tanpa kebenaran tuan tanah, kebersihan najis kuda dan lain-lain lagi,” katanya.

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gmabar : DARWINA MOHD. DAUD