MBPP pungut 735.2 kg sampah hanyut di Pulau Gazumbo

Admin
photo 2024 04 22 17 15 24

PANTAI JEREJAK – Sempena Hari Bumi Sedunia dan ‘Earth Clean Up Day’ Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengambil inisiatif membersihkan Pulau Gazumbo (bersebelahan Jambatan Pulau Pinang) dan berjaya mengumpul sampah seberat 735.2 kilogram (kg).

 

Jumlah tersebut adalah bersamaan dengan 196 keping beg plastik sampah bersaiz besar.

photo 2024 04 22 17 15 27 (1)

Menurut Ketua Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Mohd Taufik Junik, antara sampah hanyut yang dikutip adalah botol plastik, plastik sekali guna,straw, polistirena dan sisa-sisa lain seperti helmet, kasut, beg, botol kaca.

photo 2024 04 22 17 15 25

“Inilah keadaan yang kita dapat lihat di sekitar Pulau Gazumbo yang menjadi lokasi sampah-sampah hanyut dari muara-muara sungai di sekitar pulau dan Seberang Perai yang dibuang oleh Masyarakat yang akhirnya dan jejaskan ekosistem.

 

“Jadi, adalah amat penting untuk masyarakat kita sedar tentang akibat buruk yang mungkin selama ini kita pandang remeh tetapi impak pencemaran yang kita lihat di sini amat membimbangkan.

photo 2024 04 22 17 15 25 (1)

“Jumlah kutipan seberat 735.2 kg ini hanya sebahagian yang sempat dikutip, kalau kita tengok banyak lagi yang ada dan mungkin akan bertambah lagi selepas ini kalau sikap masyarakat masih tidak berubah,” ujar Mohd. Taufik kepada Buletin Mutiara di sini semalam.

 

Turut hadir, Datuk Bandar MBPP, Dato’ Ir. A. Rajendran yang turut memberikan kata-kata semangat kepada kakitangan MBPP seawal pagi sebelum berlepas dari jeti Pulau Jerejak dekat Bayan Mutiara.

 

Selain Pulau Gazumbo, MBPP turut menjalankan pembersihan di Pulau Jerejak, Dataran Queensbay dan Padang Kota.

photo 2024 04 22 17 15 27

Rajendran ketika berucap berkata, masyarakat akan rasa sangat bimbang tentang pencemaran sekiranya melihat tahap pencemaran yang terjadi di Pulau Gazumbo akibat perbuatan masyarakat sendiri.

 

“Saya difahamkan pulau itu sendiri sebenarnya kaya dengan biodiversiti laut seperti rumpai laut dan sebagainya,

photo 2024 04 22 17 15 27 (2)

“Kita boleh lihat plastik menjadi punca utama pencemaran, sebab ia tidak mudah terurai, kita akan kumpul dan tunjukkan kepada penduduk Pulau Pinang.

 

“Selepas semua sampah ini dikutip, bahan plastic yang terkumpul akan dikitar semula untuk dijadikan bahan lain yang berguna,” katanya lagi.

 

 

Oleh: WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar: DARWINA MOHD. DAUD