MBPP tambah waktu kutipan sampah dari 20 hingga 28 Januari

img 6689

PADANG KOTA –  Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) akan melaksanakan kutipan sampah tambahan bermula 20 Januari sehingga 28 Januari.

Ahli Majlis MBPP, Tan Soo Siang berkata kutipan tersebut meliputi sampah domestik, sampah pukal (bersaiz besar) dan penambahan tong sampah di beberapa pasar awam.

“Kutipan sampah domestik akan dibuat sebanyak dua kali sehari bermula dari 20 sehingga 28 Januari 2025 yang dijangka menghasilkan kapasiti sampah yang tinggi.

“Kutipan pertama akan bermula dari jam 4 pagi hingga 10 pagi manakala kutipan kedua dari  12 tengah hari sehingga 4 petang.

img 6688

“Sekiranya ada gotong-royong secara persendirian dan ada sampah pukal yang bersaiz besar, orang ramai dinasihatkan untuk menghubungi MBPP terlebih dahulu atau talian Jabatan Perkhidmatan Perbandaran MBPP 04-2633000 (waktu pejabat), 04-2637637/7000 (24 jam),” ujar Soo Siang dalam satu sidang media dekat Dewan Bandaraya MBPP, di sini tengah hari tadi.

1ffa0be6 a4e5 4805 ae12 489f1c7e0167

MBPP juga akan menambah jumlah tong roro di beberapa lokasi pasar awam seperti di Pulau Tikus, Taman Taimina Sungai Ara, Lebuh Campbell, Batu Lancang, Farlim, Taman Free School dan Macallum.

Soo Siang dalam pada itu menegaskan orang ramai tidak dibenarkan memberi sebarang sumbangan seperti limau atau angpau kepada kontraktor dilantik.

Sekiranya wujud permintaan daripada kontraktor pula, perkara tersebut boleh dilaporkan segera kepada MBPP.

Tekks & Gambar : WATAWA NATAF ZULKIFLI