MBSP beri penghargaan kepada rakan strategik laksana program Local Action 21

Admin
0007bd74 43a0 4862 8bdd 0dcef41005c4

SEBERANG JAYA – Pelbagai inisiatif telah dijayakan oleh Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) di bawah Local Action 21 (LA21) dalam menjadikan Seberang Perai sebagai sebuah bandar raya yang lebih mampan, inklusif dan sejahtera.

Datuk Bandar MBSP, Dato’ Baderul Amin Abdul Hamid berkata bahawa melalui pelbagai kerjasama yang terjalin, setiap inisiatif yang dilaksanakan dapat memberi impak yang positif dan berkekalan kepada generasi akan datang.

“Platform sebegini penting untuk kita mengiktiraf dan menghargai usaha serta komitmen semua rakan strategik yang telah bersama-sama MBSP bagi menjamin kelestarian alam sekitar.

7345bc48 0eae 4fea 9ee5 a9ed951151efAdalah diharapkan agar kerjasama ini telah memenuhi nilai korporat MBSP sendiri iaitu bekerjasama di antara organisasi dan komuniti untuk meningkatkan hasil, mendapat pulangan yang baik bagi setiap ringgit dan meningkatkan tahap perkhidmatan.

“Pada kesempatan ini, saya juga ingin menyeru agar kita dapat memperbanyakkan lagi kerjasama strategik pada mana hadapan yang dapat memberi kebaikan kepada semua pihak,” jelasnya semasa majlis berkaitan di Dewan Kenanga dekat Menara Bandaraya MBSP sebentar tadi.

Difahamkan, sijil penghargaan diberikan kepada enam agensi kerajaan, NGO (8) dan syarikat swasta (22) yang telah menjalin kerjasama strategik dalam menjayakan program- program berkaitan LA21.

94bbabb8 c426 4800 a229 c1095c47c6938fc48a50 b2c2 44df ba93 016538d4b6a5
Oleh : NUR ASHIKIN ISMAIL
Gambar : NOOR SITI NABILAH NOORAZIS