MBSP giat basmi tikus melalui kempen INiSiTi

Admin

PERAI – Ekoran aduan kehadiran tikus yang banyak di Pasar Awam Taman Chai Leng, pasar tersebut telah dipilih sebagai mengkaji keberkesanan Kempen Inisiatif Sifar Tikus (INiSiTi) bermula 1 Jun 2022 hingga 24 Julai 2022.

 

Menurut Ahli Majli bagi Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) David Marshel, kempen tersebut merupakan salah satu daripada lima kempen kesihatan persekitaran di bawah peruntukan RM8,000 melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

 

“Pelbagai inisiatif dan program telah dibawa sepanjang tempoh kempen ini berlangsung termasuklah penilaian risiko komprehensif berasaskan kajian (evidence-based), tindakan kawalan dan mitigasi tikus menerusi kaedah mekanikal (perangkap), kimia (rodenticide), sanitari dan fizikal (roden profing).

 

 

“Ini termasuklah kerjasama dengan Universiti Sains Malaysia (USM) dalam pelaksanaan kajian taksonomi, kajian kehadiran endoparasite dan ectoparasite. Selain itu, Penubuhan Skuad Zero Rodent (ZoRo) yang terdiri daripada komuniti penjaja di pasar ini yang akan memberi pendidikan serta promosi kesihatan secara berterusan kepada penjaja lain,” ujar David kepada pemberita ketika merasmikan penutup Kempen INiSiTi baru-baru ini.

 

Hadir sama, Pengarah Perkhidmatan Kesihatan MBSP, Dr. Farah Huziqah Meor Tarmizi, Ahli-ahli Jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Taman Chai Leng bersama peniaga-peniaga Pasar Awam Taman Chai Leng.

 

 

Kempen tersebut bakal diperluaskan ke pasar-pasar awam lain sekiranya objektif INiSiTi berjaya dicapai dalam mengawal perebakan penyakit berjangkit bawaan haiwan perosak terbabit.

 

 

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : MBSP