MBSP lancar Program Semarak Merdeka 2024, seru kekalkan nilai asas kemerdekaan

Admin
img 7184

SEBERANG JAYA – Selari dengan tema ‘Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka’, Sambutan Semarak Merdeka Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) 2024 telah dilancarkan dengan penuh gilang-gemilang dekat sini pagi tadi.

img 7186
BADERUL Amin semasa sesi ucaptama sebentar tadi.

Datuk Bandar MBSP, Dato’ Baderul Amin Abdul Hamid berkata program tersebut bertujuan menaikkan semangat dan jiwa merdeka dalam kalangan warga kerja MBSP.

img 7183“Malaysia MADANI membawa maksud tunjang kemakmuran dan kemajuan negara melalui dukungan enam nilai teras utama iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.

“Di samping menghidupkan semula semangat patriotisme dan mengukuhkan tekad dalam mempertahankan kemerdekaan negara, hendaklah kita menghayati Hari Kebangsaan pada setiap detik sebagai seorang rakyat Malaysia yang bangga,” ujarnya sambil menyifatkan bulan Ogos merupakan bulan simbolik dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti perpaduan.

img 7182Hadir sama, Setiausaha Bandaraya MBSP, Mohd. Ibrahim Md. Nor, barisan Ahli-ahli Majlis MBSP dan ketua-ketua jabatan serta seluruh kakitangan MBSP.

Mengulas lanjut, Baderul Amin turut berkata bagi membina sebuah negara berdaya maju, nilai-nilai asas kemerdekaan dan kebebasan wajar dikekalkan.

“Adalah diharapkan Program Semarak Merdeka MBSP 2024 ini dapat diwarisi oleh generasi seterusnya kerana ia adalah simbol kekuatan dan perpaduan rakyat Malaysia yang perlu kita pelihara sebaiknya.

img 7185“Di samping itu, (program) pada hari ini turut menggariskan komitmen kerajaan dalam memperkukuhkan lagi perpaduan nasional di antara pelbagai lapisan masyarakat, etnik dan agama bagi mencapai pembangunan dan kemakmuran yang berkekalan,” jelasnya lanjut.

Serentak majlis sama, tradisi mengibarkan Jalur Gemilang diteruskan seiring alunan nyanyian lagu Jalur Gemilang dan Keranamu Malaysia oleh semua warga MBSP.

 

Oleh : NUR ASHIKIN ISMAIL
Gambar : MBSP