Mendapan selut muara sungai tidak jejas hasil nelayan – Exco

Admin

GEORGE TOWN –  Kerja-kerja mengorek dan membuang selut serta beting pasir di muara Kuala Jalan Baru dekat Balik Pulau yang dilakukan oleh kontraktor lantikan iabatan Pengairan & Saliran Negeri Pulau Pinang sejak Oktober lepas siap pada 1 November 2023.

 

 

Exco Agroteknologi & Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi, Fahmi Zainol menjelaskan perkara itu semasa menjawab soalan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Bahang, Muhamad Kassim dalam Mesyuarat Kedua Penggal Pertama DUN Pulau Pinang Yang Ke-15 di sini pada 20 November 2023.

 

 

“Jumlah kos yang telah dibelanjakan bagi kerja-kerja ini adalah sebanyak RM89,900, selain itu, bantuan mesin penarik enjin sampan bernilai RM20,000 juga telah diletakkan di jeti pada tahun 2020 bagi membantu nelayan-nelayan di situ,” jelasnya yang juga ADUN Pantai Jerejak.

 

 

Menurutnya lagi, masalah mendapan selut di kawasan yang diselenggara tersebut juga tidak menjejaskan hasil tangkapan nelayan.

 

 

 

“Hasil tangkpan bagi tahun 2021 adalah bernilai 17,423.49 tan manakala tahun 2022 meningkat kepada 19,705.99 tan.

 

 

“Difahamkan kawasan terbabit sememangnya kerap terlibat dengan fenomena air pasang surut, justeru, sebagai perancangan jangka masa panjang, Kerajaan Negeri melalui pihak JPS akan melakukan kerja-kerja mengorek muara sungai terbabit pada setiap tahun mengikut keperluan semasa,” katanya lagi.

 

 

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : SITI NURATIKAH RAHMAT