Oleh: AINUL WARDAH SOHILLI
BUTTERWORTH – Ibu tunggal, Rohayati Mustaffa amat berterima kasih dan bersyukur kepada Kerajaan Negeri dan Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Seberang Perai Utara (PDTSPU) ekoran sumbangan sebuah mesin pengadun tepung bagi membolehkannya meningkatkan pendapatan keluarga.
Majlis sumbangan tersebut disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Jermal, Lim Hock Seng di kediamannya di Lorong Cempa, di sini baru-baru ini.
Menurut Hock Seng, sumbangan disalurkan membuktikan keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap rakyat berpendapatan rendah khususnya ibu tunggal untuk meningkatkan taraf hidup masing-masing.
“Semoga bantuan ini dapat digunakan sebaiknya dan memberi manfaat untuk memaksimumkan pengeluran produk yang diusahakanseperti kuih rempeyek dan dodol.
Hadir sama, Pegawai Daerah PDTSPU, Jusni Ismail; Ketua Penolong Pegawai Daerah PDTSPU, Hakmal Effendi Ishak dan pegawai PDTSPU.