Mohon lesen penganjur pasar Ramadan MBSP mulai 1 November

img 0164

SEBERANG JAYA – Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) memaklumkan bahawa permohonan untuk Lesen Penganjur Pasar Ramadan akan mula dibuka pada 1 November 2024.

Mengulas lanjut, Datuk Bandarnya, Dato’ Baderul Amin Abdul Hamid menyatakan bahawa tarikh tutup permohonan adalah pada 2 Januari 2025.

“Borang permohonan boleh didapati melalui laman sesawang MBSP (www.mbsp.gov.my/pelesenan/borang) dan boleh dihantar di Jabatan Pelesenan, Tingkat 1, Menara Bandaraya, Majlis Bandaraya Seberang Perai, Jalan Perda Utama, Bandar Perda.

“Susulan itu, keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada pemohon menjelang tarikh 20 Januari 2025, manakala taklimat kepada penganjur bakal diadakan pada 4 Februari 2025 kelak,” jelasnya.

Beliau memberitahu perkara berkaitan semasa mempengerusikan Mesyuarat Majlis Penuh Kali Ke-604 Bil.10/2024 dekat Dewan Kenanga, Menara Bandaraya MBSP di sini pada 28 Oktober 2024.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung dengan Jabatan Pelesenan, MBSP di talian 04-5497685 / 04-5497679.

Oleh : NUR ASHIKIN ISMAIL
Gambar : SITI NURATIKAH RAHMAT