Mou rancak sebaran maklumat

TERMETERAI… Pemeteraian perjanjian persefahaman (MoU) antara Bahagian Penerangan Kerajaan Negeri bersama syarikat telekomunikasi, XOX Berhad bakal merancakkan penyaluran maklumat berhubung polisi- polisi dan program-program Kerajaan Negeri kepada rakyat di negeri ini.

Serentak itu, Kerajaan Negeri juga dijangka dapat menjimatkan kira-kira RM180,000 setahun melalui perkhidmatan penghantaran khidmat pesanan ringkas (sms) berhubung penyaluran maklumat saluran berkenaan.

Hadir menyaksikan majlis menandatangani perjanjian berkenaan adalah Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng dan Pengarah Urusan Kumpulan XOX Berhad, Datuk Eddie Chai.

XOX Berhad merupakan salah sebuah syarikat pembekal perkhidmatan telekomunikasi di Malaysia dengan lebih 300,000 pengguna aktif talian XOX Mobile.