MP syak judi haram di Bukit Mertajam babit 57 premis

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB

Gambar : AHMAD ADIL MUHAMAD

BERAPIT – Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong mengesyaki kira-kira 57 premis hiburan menawarkan operasi mesin judi simulator secara terbuka dan komersial di kawasan yang diwakilinya itu.

Ketika mengemukakan laporan pemetaan berhubung dakwaan demikian, Chee Keong mendedahkan sebanyak 24 premis dikesan di Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Machang Bubok, Padang Lalang (16) dan Berapit (17).

Mengulas lanjut, beliau memberitahu bahawa pihaknya pada 14 September lalu menyerahkan laporan itu kepada Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) serta Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid sendiri.

“Lesen judi tidak dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri atau pihak berkuasa tempatan (PBT)…tapi ada 54.4 peratus (31 buah) daripada premis-premis ini tidak mempunyai sebarang lesen.

“Kebanyakan premis yang disyaki ini beroperasi di kawasan orang ramai seperti di Jalan Rodzhan, kawasan bandar Bukit Mertajam, Jalan Berapit, (pasar raya) Summit, dan ada di antaranya terletak berhampiran sekolah dan masjid.

“Hampir semua premis-premis ini beroperasi 24 jam…dengan (ditampal) cermin gelap atau pelekat kartun…mempunyai ‘pengawal’ di pintu masuk.

“Sama ada judi, pelacuran, pecah rumah, apa yang kita boleh buat…itulah sebabnya kita mengeluarkan laporan ini.

“Walaupun kita tidak mempunyai apaapa kemahiran siasatan, kita boleh mencari 57 premis yang disyaki ini, maksudnya saya percaya pihak polis pun sudah ada maklumat ini.

“Bukan saya mahu mengajar polis, tetapi saya percaya polis lebih pandai daripada penjenayah.

“Saya telah bertemu dengan OCPD (Ketua Polis Daerah) dan beliau pun telah menyatakan bersetuju untuk melaksanakan siasatan.

“Jangan lengah-lengahkan masa penguatkuasaan, sila ambil tindakan secara keras,” ujarnya pada sidang media di sini baru-baru ini.

Dua Pegawai Khas Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Muhammad Nasir Abu Bakar dan Bernard Cheen yang terbabit menyediakan laporan pemetaan premis-premis suspek aktiviti perjudian tersebut turut sertai sidang media itu.

Mengulas lanjut, Chee Keong turut mencadangkan penubuhan jawatankuasa bersama membabitkan pihak polis, MPSP dan komuniti untuk menangani isu berkenaan di peringkat daerah.

Ini kerana, jelasnya, penguatkuasaan akan membabitkan bidang kuasa persekutuan dan negeri, berdasarkan Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Akta Loteri, Ordinan Hiburan Awam 1958, Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan (Pulau Pinang) 1998 dan Peraturanperaturan Hiburan (Pulau Pinang) 2001.

“Perlu ada kerjasama antara MPSP dan polis supaya tidak timbul ‘masalah’ sebenarnya di bawah bidang kuasa dan tanggungjawab siapa,” syor beliau sambil menawarkan diri untuk menganggotai jawatankuasa bersama ituif (document.currentScript) {