MPKK bergerak seiringan pembangunan negeri

Admin

PADANG KOTA – Semangat kerjasama yang wujud dalam kalangan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) menjadi tulang belakang kepada Kerajaan Negeri membentuk perpaduan dan pembangunan Pulau Pinang secara menyeluruh.

Justeru, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow menyeru supaya semua MPKK dan juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini supaya bergerak seiringan kerajaan termasuk pembentukan misi serta visi baharu masing-masing.

“Contohnya, MPKK Lebuh Pasar berfungsi sebagai mata dan telinga kepada Kerajaan Negeri terutamanya dalam menyampaikan maklumat mengenai pelaksanaaan polisi-polisi oleh agensi-agensi kerajaan kepada rakyat.

“Dengan ini, adalah diharapkan pimpinan baharu MPKK Lebuh Pasar dapat menambah baik prestasi serta komitmen masing-masing dalam memantapkan lagi peranan yang dimainkan kini,” ujarnya pada Program Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri MPKK Lebuh Pasar di sini sebentar tadi.

KETUA Menteri sempat berswafoto bersama-sama para hadirin yang turut hadir sebentar tadi.

Hadir sama, Ahli Parlimen Tanjong, Lim Hui Ying; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Teh Lai Heng serta Pengerusi MPKK Lebuh Pasar, Shafiz Rahim Raja.

DARI kiri, Shafiz Rahim Raja, Teh Lai Heng dan Lim Hui Ying semasa pemberian sumbangan duit raya serta persembahan menarik.

Difahamkan, seramai 20 penerima yang terdiri daripada warga emas, ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU) menerima sumbangan baucar yang disampaikan khas.

Oleh : NUR ASHIKIN ISMAIL

Gambar : DARWINA MOHD. DAUD