MPPP sedia bajet hasil maklum balas umum

Admin

Oleh: AINUL WARDAH SOHILLI

GEORGE TOWN – Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) kini sedang dalam peringkat awal penyediaan dan kaji selidik bajet untuk tahun 2014, kata Yang diPertua MPPP, Datuk Ar. Patahiyah Ismail di sini baru-baru ini.

Menurutnya, selaras itu, MPPP berpandangan bahawa penglibatan orang awam dalam memberi maklumbalas adalah amat diperlukan. “

Maklum balas ini akan membolehkan MPPP menyediakan satu bajet yang menyeluruh dan dapat dimanfaatkan oleh keseluruhan penduduk Pulau Pinang.

“Malah, diharapkan bajet yang disediakan untuk sesuatu perkhidmatan dan projek akan lebih berkesan dan orang awam bakal bersama-sama prihatin terhadap kemudahan berkaitan demi menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang makmur, bersih dan selamat,” katanya pada sidang media di sini baru- baru ini.

Tambah Patahiyah, penglibatan orang awam adalah sebagai salah satu cara untuk membuka ruang dan minda pihak terbabit bahawa penyediaan perkhidmatan yang berkesan adalah menjadi tanggungjawab bersama dan bukannya hanya terletak kepada pihak kerajaan mahupun pihak berkuasa tempatan (PBT) semata-mata.

“Adalah diharapkan orang ramai dapat memberikan input dan berkongsi buah fikiran bersama-sama MPPP ke arah menyediakan bajet yang baik dan efektif.

“Sebelum ini, kita hanya memberikan tempoh dua minggu untuk orang awam kemukakan cadangan tetapi untuk tahun 2014, kita buka peluang selama sebulan sehingga 10 Julai ini,’’ katanya.

Maklum balas adalah secara atas talian melalui web rasmi www.mppp.gov.my dan segala data adalah sulit serta persendirian.

(Links:https://docs.google.com/forms/ d/1NFn4aDNkA72hEU87LjwN-4fcwTr_ hE0LqTCdG_mIyU4/viewform)

Bagi sebarang pertanyaan boleh hubungi: a. Ketua Unit Hasil, Suhaida Kamalul- Ariffin, [email protected] atau talian 04 – 259 2120.

b. Akauntan (Belanjawan dan Akaun), [email protected] atau talian 04 – 259 2121.

c. Penolong Akauntan (Belanjawan dan Akaun), [email protected] atau talian 04 – 259 2140.