MPSP jalankan penggredan makanan setiap bulan

Oleh: ZULIANA AZIZ

SOON Lip Chee menunjukkan air yang kotor di belakang sebuah premis makanan di Kampung Benggali, Butterworth di sini
SOON Lip Chee menunjukkan air yang kotor di belakang sebuah premis makanan di Kampung Benggali, Butterworth di sini

SEBERANG PERAI – Kempen-kempen kebersihan yang giat dijalankan oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) mendapat sambutan menggalakkan dari warga Seberang Perai dalam usaha menjadikan Pulau Pinang lebih hijau dan bersih.

Kempen-kempen kebersihan bukan saja dilaksanakan di tempat-tempat awam, malah, kebersihan premis makanan juga dititikberatkan bagi menjamin keselamatan dan kesihatan pengguna yang menjamu selera.

Menurut jurucakap MPSP, Soon Lip Chee, terdapat segelintir pemilik premis makanan yang tidak mematuhi peraturan dan mengabaikan aspek kebersihan melalui operasi yang dijalankan bersama Kementerian Kesihatan setiap bulan.

Bagi memastikan pemilik mematuhi peraturan, penggredan makanan dibuat kepada semua premis makanan bagi memudahkan pengguna membuat penilaian serta memudahkan pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci.

Penggredan makanan bertujuan memberi kesedaran kepada pemilik premis dalam mempertingkatkan dan mengekalkan tahap kebersihan premis makanan masing-masing. Cara penyediaan makanan yang betul diberi penekanan bagi mengelakkan dari pelbagai penyakit berjangkit bawaan makanan dan minuman seperti taun, demam kepialu dan keracunan makanan.

Selain itu, pengguna juga dinasihati supaya menilai serta memilih premis makanan yang sentiasa menjaga kebersihan mengikut garis panduan dan undang-undang.

SENARAI KONTRAKTOR PEMBERSIHAN PASAR AWAM (Tempoh berkhidmat : 1/10/2011 – 30/9/2013)
BIL PAKEJ NAMA NAMA PEMEGANG LESEN/NO.TEL
1 Pasar Awam Kepala Batas Xifa Abadi Sdn. Bhd. Aida Shazenee bt. Abd Karim
Tel : 019-4474441
2 Pasar Awam Penaga & Sri Bandar Semaian Kenari Dazari bin Jalani@Darus
Tel : 04-5516484/ 019-4466311
3 Pasar Awam Tasek Gelugor & Sg. Dua Damai Delima Enterprise Ahmad Suhaimi bin Ishak
Tel : 019-4748090
Emel : [email protected]/ [email protected]
4 Pasar Awam Sri Uda & Taman Bagan Sutera Damai Enterprise Moktar bin Mohamad
Tel : 019-4757107
5 Pasar Awam Bukit Mertajam SL Ceria Enterprise Sajahan bin Jahanger Shariff
Tel : 019-4484437/ 04-6595049
6 Pasar Awam Berapit, Kota                 Tinggi & Kota Permai SMC Prospect Sdn. Bhd. Muhammad Noor bin Che Man
Tel : 013-5385391
Emel : [email protected]
7 Pasar Awam Kampung Baru Fenhas Enterprise Mohamad Afendi bin Azni
Tel : 04-3323248/ 012-5867724
8 Pasar Awam Taman Chai Leng Syarikat Eqrar Trading Rahimi bin Kapoor Rahim
Tel : 016-4505801/ 017-4364610
9 Pasar Awam Seberang Jaya D Naufal Enterprise Nor Azian bt Saad
Tel : 012-5438827
10 Pasar Awam Sri Rambai Pentas Gerak Maju Enterprise Mohd Nasrul bin Junid
Tel : 016-4144800
11 Pasar Awam Tasek Mutiara, Tambun Indah & Taman Pekaka Jaliah Enterprise Jaliah binti Hassan
Tel : 019-4748190
Emel : [email protected]
12 Pasar Awam Taman Berjaya ASE Solution Salma binti Mohamed Rawter
Tel : 016-4505801