MPSP kompaun tandas kotor

TEOH Seang Hooi (kiri) ditemani Ahli Majlis MPSP, Lim Eng Nam ketika menjalankan penilaian terhadap salah sebuah tandas di Bayu Mutiara di sini baru-baru ini.
TEOH Seang Hooi (kiri) ditemani Ahli Majlis MPSP, Lim Eng Nam ketika menjalankan penilaian terhadap salah sebuah tandas di Bayu Mutiara di sini baru-baru ini.
TEOH Seang Hooi (kiri)
ditemani Ahli Majlis MPSP, Lim
Eng Nam ketika menjalankan
penilaian terhadap salah
sebuah tandas di Bayu
Mutiara di sini baru-baru ini.

Oleh: MOHD. HAFIZ TAJUDIN

JURU – Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) tidak a k a n t e r a g a k – a g a k mengeluarkan kompaun terhadap pemilik premis
dengan keadaan tandas yang kotor di sini.

Ekoran melanggar syarat perlesenan, kompaun RM150 hingga RM250 bakal dikenakan terhadap pemilik. Sekiranya tempoh amaran
selama dua minggu tidak diendahkan, kompaun antara RM200 hingga RM300 pula akan dikenakan.

Ahli Majlis MPSP, Teoh Seang Hooi berkata, Kempen Ta n d a s MPSP yang dilaksanakan bukan hanya untuk keselesaan pengguna, malah, ia menjadi satu platform bagi menyedarkan masyarakat tentang budaya bersih, peningkatan tahap profesionalisme dalam penyelenggaraan tandas dan imej tandas yang berprestij.

“Melalui kempen tersebut, tandas-tandas sekitar Seberang Perai dibahagikan kepada tujuh kategori meliputi restoran/kedai makan; stesen minyak; kompleks makanan; pasaraya; tandas awam MPSP; terminal bas/keretapi; dan hotel.

“Bagi setiap tandas yang dinilai, pengiktirafan taraf lima bintang adalah yang tertinggi dan tandas yang tiada bintang atau kotor akan
dikenakan kompaun,’’ katanya dalam satu operasi membabitkan 12 tandas di Bayu Mutiara di sini baru-baru ini.