MPSP rancang anjur senamrobik setiap bulan

Admin

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB

(Barisan depan, dari kanan). TAN Beng Huat, Maimunah Mohd. Sharif, Ketua Menteri dan Law Choo Kiang bersamasama warga MPSP dan orang ramai melakukan aksi senamrobik di Padang Awam Jawi di sini barubaru ini.
(Barisan depan, dari kanan). TAN Beng Huat, Maimunah Mohd. Sharif, Ketua Menteri dan Law
Choo Kiang bersama-sama warga MPSP dan orang ramai melakukan aksi senamrobik di Padang Awam Jawi di sini baru-baru ini.

JAWI – Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) merancang untuk menjadikan senamrobik sebagai program bulanan rakyat di negeri berkenaan selari dengan kempen “Pulau Pinang Bersih, Hijau dan Selamat”, Yang Dipertua MPSP, Maimunah Mohd. Sharif berkata demikian selepas menyertai senamrobik anjuran warga MPSP.

“Kalau Pulau Pinang sahaja bersih dan hijau, tidak cukup. Rakyat (sama ada) di sini (Seberang Perai Selatan) atau di Seberang Perai Tengah atau Seberang Perai Utara pun perlu mempunyai gaya hidup yang sihat dengan aktiviti sebegini (senamrobik).

“Program ini sebenarnya dibuat untuk warga MPSP peringkat Seberang Perai Selatan sahaja, tetapi, apa yang kita lihat orang awam juga bawa keluarga untuk turut serta. Maka, kita rancang untuk mengadakan program
sebegini kalau boleh pada hari Sabtu dua minggu sekali atau sekurang-kurangnya tiap-tiap bulan,” ujar beliau di Padang Awam Jawi, di sini baru-baru ini.

Serentak dengan penganjuran senamrobik di Padang Awam Jawi, beliau berkata, MPSP turut menganjurkan senamrobik di Taman Kota Tugu Demokrasi di Bagan.

Sesi senamrobik tersebut turut disertai oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng serta Pengerusi Jawatankuasa Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar, Tebatan Banjir, Law Choo Kiang yang juga merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tambun, dan ADUN Jawi, Tan Beng Huat.