Negeri komited pelihara 25,232.14 hektar kawasan hutan

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB 

KEPALA BATAS – Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan terus memulihara kawasan hutan berkeluasan 25,232.14 hektar di negeri berkenaan sungguhpun dihambat oleh keperluan sosio-ekonomi.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata demikian pada sambutan Hari Landskap Negara 2012 Peringkat Negeri Pulau Pinang baru-baru ini.

“Adalah menjadi cabaran Kerajaan Negeri untuk pembangunan fizikal dilaksanakan yang perlu seimbang antara memenuhi keperluan sosio-ekonomi dan pemuliharaan kawasan hijau ke arah pembentukan persekitaran sesuai dan kondusif untuk diwarisi generasi akan datang,” ujar  beliau di Taman Vision, Bertam, Seberang Perai Utara (SPU) di sini.

Majlis perasmian disempurnakan Yang d i – Pertua Negeri (TYT), T

Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Y.A. Datuk Seri Zakaria Sam, Datuk Farizan Darus (Setiausaha Kerajaan Negeri), Phee Boon Poh (Exco Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar), Mokhtar Mohd. Jait (Pegawai Kewangan Negeri), Maimunah Mohd. Sharif (Yang Dipertua Ma

jlis Perbandaran Seberang Perai, MPSP), Datuk Ar. Patahiyah Ismail (Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang, MPPP) , Zainuddin Ahamad (Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri) turut hadir pada majlis itu.

 

harilandskap1

Hadir bersama, wakil Konsulat dari Jepun, Hiroko Taniguchi dan Bu Abdul Rahman Haji Abbas.

di Prakosa (Konsulat dari Indonesia).  Guan Eng berkata, salah satu kejayaan Kerajaan Negeri melalui MPSP adalah berjaya menarik partisipasi langsung syarikat korporat dan pertubuhan komuniti untuk menaja landskap di 21 taman rekreasi awam melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Difahamkan, Taman Tugu Demokrasi dekat Bagan merupakan salah satu projek CSR yang siap sepenuhnya untuk kegunaan awam.

Itu, tidak termasuk 22 lokasi taman rekreasi awam lain yang juga memerlukan tajaan pihak berwajib.

Maimunah mewakili penganjur turut berucap pada majlis tersebut.

Hari Lanskap Negara diraikan pada 3 Mac setiap tahun seperti yang diputuskan di peringkat kebangsaan bagi menyuburkan budaya hijau kan bumi dalam kalangan semua pihak berwajib.

Kali pertama, perayaan ini diraikan adalah pada 3 Mac 1997, iaitu semasa kempen menanam pokok dilancarkan pada peringkat nasional.

‘Komuniti Penggerak Landskap Pulau Pinang’ diangkat sebagai motto sempena Hari Landskap Negara 2012 peringkat Negeri Pulau Pinang ke arah merealisasikan kempen‘Pulau Pinang Bersih, Hijau dan Selamat’.