Nelayan dapat rumah baru

Admin

Oleh: WATAWA NATAF ZULKIFLI

TELOK BAHANG – Berkat kesabaran seorang nelayan, Osman Awang, 65, yang tidak pernah putusasa walaupun hampir 10 kali membuat permohonan bagi mendapatkan sebuah rumah baru sebelum ini akhirnya direalisasikan di bawah pemerintahan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) di sini baru-baru ini.

Menurut Osman yang berasal dari Kampung Teluk Awak di sini dan kini menumpang di rumah rakan karibnya menyatakan bahawa, permohonan beliau dibuat sejak pemerintahan kerajaan lama.

“Dari dahulu lagi, sudah hampir 10 kali saya membuat permohonan untuk rumah baharu ini, namun tidak pernah dapat.

“Kini, dengan kelulusan permohonan yang diberikan, saya melahirkan rasa syukur, lega dan terima kasih kepada pihak-pihak terlibat terutamanya Kerajaan Negeri, Datuk Halim (Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Abdul Halim Hussain), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Telok Bahang, Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (PPK) Telok Bahang dan semua yang terlibat,’’ katanya ketika ditemui Buletin Mutiara di sini baru-baru ini.

Osman memberitahu, rumah bernilai kira-kira RM25,000 tersebut adalah lebih selesa dari kediaman beliau sebelum ini yang agak tidak sempurna terutamanya pada aspek keselamatan beliau dan anak-anak.

Rumah baru hasil peruntukan Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Balik Pulau dan inisiatif khas Abdul Halim tersebut dibina di atas tapak kediaman lama Osman.

telokbahang-rumah usman awang

OSMAN Awang (tiga dari kanan) bersama-sama Abdul Halim Hussain (tengah),
JKKK dan PPK Telok Bahang bergambar kenang-kenangan di hadapan rumah baru di
Kampung Teluk Awak di sini baru-baru ini.