Nilai eksport emas meningkat, sasar nilai jualan RM170 juta di PSG 2022

Admin

GEORGE TOWN – Statistik yang dikeluarkan oleh Malaysia External Trade Development Cororation (METDC), sejak Januari hingga Mac 2021, nilai eksport emas negara meningkat sebanyak 9.6 peratus.

 

 

 

Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Yeoh Soon Hin memberitahu bahawa sektor berkaitan berangan perhiasan emas telah menunjukkan tanda-tanda pemulihan pada tahun 2021 berbanding tahun sebelumnya.

 

 

 

“Jumlah eskport (seperti dilaporkan ini) adalah bersamaan dengan RM1.54 bilion berbanding RM1.4 bilion pada tahun 2020 dalam tempoh yang sama.

 

 

 

“Di kebanyakan negara, kini adalah tempoh transisi daripada pandemik kepada endemik, justeru adalah amat penting bagi sektor pembuatan perhiasan emas untuk mengatur langkah bersesuaian untuk bersaing dengan lebih kompetetif dalam ekonomi, perniagaan dan pembangunan sosial.

 

 

 

“Malangnya pada tahun 2020 pula, kita telah menyaksikan kejatuhan eksport emas sebanyak 40.4 peratus atau bersamaan RM4.16 bilion berbanding tahun 2019 iaitu berjumlah (eksport) RM6.97 bilion,” ujar beliau ketika hadir menyaksikan Majlis Tandatangan Perjanjian Perkongsian Strategik Penang Signature Gold & Jewellery Fair (PSG) 2022 di sebuah hotel dekat Pusat Bandar semalam.

 

 

Perjanjian strategik tersebut ditandatangani antara Elite Expo Sdn. Bhd. bersama Penang Goldsmith & Jewellers Association.

 

 

 

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Elite Expo Sdn. Bhd., Datuk Johnson Lim; Pengerusi Penang Goldsmith & Jewellers Association, George Lo Siew Cheong; Naib Presiden Penang Goldsmith & Jewellers Association dan Penasihat Federation of Goldsmiths & Jewellers Associations of Malaysia, Datuk Chan Wee Wa.

 

 

 

Dalam pada itu, Johnson Lim ketika berucap memberitahu bahawa PSG 2022 dijangka akan berlangsung pada bulan Ogos 2022 bertempat di SPICE Convention Centre, Bayan Baru.

 

 

 

Pihaknya percaya, pameran dagangan emas terbesar di Pulau Pinang itu mampu membawa pasaran emas Malaysia khususnya negeri ini melangkah ke pasaran antarabangsa.

 

 

 

“PSG 2019 menyaksikan nilai jualan adalah sebanyak RM150 juta, bagi PSG 2022 kami mensasarkan RM170 juta nilai jualan ekoran kenaikan harga emas.

 

 

 

“Dijangka sebanyak 80 penyertaan mampu dicapai dan seandainya sempadan antarabangsa dibuka, 200 pempamer mampu hadir termasuk daripada luar negara.

 

 

 

“Menerusi PSG 2022, pembeli emas boleh mendapatkan perhiasan tersebut dari segi karat dan kehalusan seperti 22 karat (K), 21K, 18K, 916 serta kepelbagaian hiasan,” jelasnya kepada pemberita.

 

 

 

Tambahnya Pulau Pinang terus dipilih sebagai lokasi PSG memandangkan Pulau Pinang adalah pengeksport terbesar bagi pembuatan emas di Malaysia dengan mewakili sebanyak 80 peratus nilai eksport negara.

 

 

 

Selain itu, sejarah pembuatan emas di Pulau Pinang juga dikatakan telah mencapai usia 100 tahun.

 

 

 

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

 

 

Gambar : LAW SUUN TING