SEBERANG JAYA – Nilai Zakat Fitrah Negeri Pulau Pinang bagi tahun 1446H/2025M adalah pada nilai RM7.00, di samping nilai RM10.00, RM15.00 dan RM25.00.
Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Mohd. Abdul Hamid yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) berkata nilai zakat fitrah itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil.1/2025 pada 3 dan 4 FebruarI 2025.
“RM7.00 bagi kumpulan yang memakan beras jenis super special tempatan 5 peratus beras hancur atau lain-lain jenis yang setara dengannya.
“RM 10.00 pula bagi kumpulan yang memakan beras jenis beras putih import atau lain-lain jenis yang setara dengannya.
“Bagi kumpulan yang memakan beras rebus, thai white rice, beras perang atau yang setera dengannya adalah pada kadar RM15.00.
“RM25.00 bagi kumpulan memakan beras jenis berkualiti tinggi seperti beras wangi, beras pulut, beras herba ponni, beras calrose, beras merah import dan beras basmathi atau yang setara dengannya,” jelasnya dalam Majlis Pentauliahan Amil Zakat Fitrah dan Sumbahan Ihya’ Ramadan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di Wisma Al-Ansor, Masjid Jamek Seberang Jaya di sini pada 27 Februari 2025.
Beliau yang juga Exco Pembangunan Agama, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Perpaduan Masyarakat turut mengumumkan seramai Zakat MAINPP telah melantik seramai 1,689 orang Amil Zakat Fitrah di 238 pusat kutipan seluruh negeri ini.
Teks & Gambar : ZAINULFAQAR YAACOB