Norazmi angkat sumpah sebagai Penasihat Undang-undang Kerajaan Negeri baru

Admin

GEORGE TOWN – Mantan Penasihat Undang-undang Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Norazmi Mohd. Narawi pagi ini mengangkat sumpah sebagai Penasihat Undang-undang Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang baru.

Lafaz sumpah simpan rahsia disempurnakan di hadapan Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow dengan disaksikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dan Ahli Ex-Officio Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Norazmi melapor diri pada 3 Disember 2018 menggantikan Dato’ Anas Ahmad Zakie.

Bagi pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Kon Yeow mengalu-alukan kehadiran Norazmi dalam pentadbiran negeri.

Oleh : AINUL WARDAH SOHILLI
Gambar : LAW SUUN TING