Noriza Pengerusi JKKK wanita sukses!

DALAM sibuk – sibuk mengambil upah menjahit baju kecil-kecilan, amanah yang dipikul atas pundaknya tidak pernah dilupakan. Tengah – tengah menggoreng ikan di dapur, kalau menerima panggilan dari Pusat Khidmat Rakyat, api dapur gas terus ditutup dan beliau bergegas demi memenuhi aduan rakyat dahulu.

Budinya yang tidak suka mengeluh serta senantiasa melemparkan senyuman kepada sesiapa sahaja yang ditemui menjadikan beliau sangat disegani Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Kubang Semang Sungai Semambu Mukim 5.

Maka, tidak hairanlah sekiranya JKKK yang dipengerusikan oleh beliau sukses dan diiktiraf sebagai JKKK terbaik bagi tahun 2012 dalam Majlis Penghargaan dan Penyampaian Anugerah JKKK Terbaik Peringkat Negeri Pulau Pinang baru-baru ini.

Terkasima hadirin pada Jamuan Malam itu kerana JKKK yan g menjuarai saingan tahunan itu adalah seorang wanita.

H ampir semua ahli jawatankuasanya adalah wanita. Kepemimpinan wanita mentadbir kampung sampai diiktiraf oleh Kerajaan Negeri.

Pengerusi JKKK berkenaan, Siti Noriza Abu Bakar akhirnya bersetuju untuk diwawancara oleh Wartawan akhbar Buletin Mutiara ( B M ) , ZAINULFAQAR YAACOB baru-baru ini sungguhpun pada mula menganggap kejayaan kepemimpinannya itu adalah sumbangan yang
kecil kepada masyarakat serta tidak wajar diperbesarkan.

“Kami tiada apa-apa rahsia. Cuma, saya bertuah kerana mempunyai JKKK yang ada disiplin dan bersungguh-sungguh membantu saya.

“Semua perkara yang nak dibuat mesti dirancang betul-betul dengan ahli jawatankuasa.

“Semua benda kita buat secara gotong-royong. Kerja yang berat jadi ringan apabila  ada perancangan , ada pengurus dan senantiasa diperbaiki kelemahan dalam urusan pengurusan kita,” ujar beliau baru-baru ini.

Kempen Alam Sekitar Berkat kerjasama Suruhanjaya Alam Sekitar Pulau Pinang, beliau berkata, JKKK berjaya mewujudkan Sudut Sisa Sifar.

“Projek ini baru bagi kita d i kampung – kampung .  Apabila Penang Green Council (PGC) setuju untuk bidas pusat ini, kita mula melakukan kempen nilai.

“Di peringkat JKKK dulu perlu amalan budaya sifar sisa supaya jadi teladan kepada orang kampung yang lain,” ujar beliau.

Beliau berkata, papan maklumat adalah medium utama menyampaikan kempen nilai ini.

Cabaran Beliau berkata, JKKK beliau mempunyai pelbagai perancangan,namun, tergendala disebabkan kekangan kewangan.

Mujur ada duit kutipan pasar malam tiap-tiap minggu. “Sebenarnya kita macam-macam nak buat. RM1,000 peruntukan tiap-tiap tahun
tak cukup.

“Kami di sini bertuah sebab JKKK kami FYI antara sempadan DUN (Dewan Undangan Negeri) Penanti dan Permatang Pasir.

“Program-program kami selalunya disokong oleh Timbalan Ketua Menteri I (Datuk Mansor Othaman, Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti) dan ADUN (Permatang Pasir) Datuk Mohd. Salleh Man,” ujar beliau.

Katanya lagi, JKKK beliau sedang mencari dana untuk menganjurkan Kelas Kraftangan membabitkan wanita tempatan.

Dari segi yang lain, beliau berkata, suami dan anak cukup memberi sokongan di rumah.

“Kadang-kadang saya tinggal ikan yang tengah digoreng sebab kerja-kerja JKKK, suami tak mengeluh.

Anak pun sama. Mereka cukup memahami dan selalu beri sokongan,” ujar beliau.

Harapan “ Terima kasih atas sumbangan tunai RM5,000 dengan piala pusingan.

Dengan geran projek bernilai RM50,000 yang kami dapat, kami yakin boleh buat lebih banyak program lagi.

“Kalau boleh, tambah peruntukan tahunan JKKK sampai RM3,000.

“Seperkara, kalau boleh, kami perlu pejabat untuk melancarkan kerja-kerja JKKK.

“Saya lihat persaingan antara JKKK sebegini menyebabkan kami semua berlumba-lumba melakukan terbaik untuk rakyat.

“Saya memang nak sukses dalam kerja buat saya. Saya memang nak JKKK kami terus sukses. Cakna JKKK boleh menjadikan kami nadi kemajuan komuniti,” ujar beliau.

SITI Noriza Abu Bakar.
SITI Noriza Abu
Bakar.

 

SUDUT Sisa Sifar yang dibangunkan di peringkat kampung hasil khidmat nasihat PGC.
SUDUT Sisa Sifar yang dibangunkan di peringkat kampung hasil
khidmat nasihat PGC.
PAPAN Makluman JKKK yang senantiasa dikemaskini untuk manfaat warga setempat.
PAPAN Makluman JKKK yang senantiasa
dikemaskini untuk manfaat warga setempat.