‘One Click Hub’ sasar himpun usahawan negeri

img 2221

ERA digitalisasi yang berkembang pantas di seluruh negara sedikit banyaknya telah mengubah tabiat pengurusan keusahawanan berkaitan sektor perkhidmatan di negeri Pulau Pinang. 

Contohnya, One Click Hub yang dilancarkan pada 16 September lalu di negeri Pulau Pinang.

Pengasasnya, HELMY SAM, 29, berkata bahawa One Click Hub menyasarkan untuk menghimpunkan usahawan berkaitan sektor perkhidmatan sekitar negeri ini dalam suatu platform digital yang pintar, interaktif dan mesra pelanggan.

Apabila saya membuka pejabat One Click Hub di Connect Now di sini, saya ada menjemput Dato’ Seri Abdul Halim Hussain (mantan Exco Perdagangan, Industri dan Pembangunan Usahawan Pulau Pinang), dan ada ada berkongsi idea bagaimana untuk mewujudkannya.

“Kerana saya pernah menjadi juru gambar sambilannya selama empat tahun sebelum ini, Dato’ Seri (Abdul Halim) juga ada berkongsi lanjut ideanya supaya supaya platform iniiaitu dengan konsepmelahirkan usahawan dalam satu keluarga’.

“Dari percambahan idea ini, One Click Hub tampil sebagai suatu platform untuk usahawan yang telah sedia ada kini dan pada masa akan datang, untuk ‘duduk’ dalam suatu platform digital sesama mereka,” jelasnya dalam sesi temu ramah bersama-sama wartawan Buletin Mutiara, ZAINULFAQAR YAACOB dan juru gambar, MUHAMAD AMIR IRSYAD OMAR di pejabatnya dekat Connect Now, Jalan Mecallister pada 4 September 2024.

Bermula sebagai juru gambar sambilan, kemudian jurugambar sepenuh masa, Helmy menyatakan bahawa selama tempoh empat tahun lepas sedikit banyaknya mengasak dirinya untuk membangunkan sendiri platform tersebut.

Selama tempoh empat tahun ini, saya sendiri memasarkan diri saya (sebagai juru gambar) dengan tawaran harga perkhidmatan berpatutan tetapi kualiti perkhidmatan premium, serta meratifikasi bakat serta hasil dengan semua pihak berkepentingan lain.

Selama tempoh empat tahun itu juga, saya mendapati adaramai juru gambar yang berbakat tetapi kurang berjaya memasarkan diri mereka disebabkan tidak adanya platform ala unit pusat sehenti (One Stop Centre) secara dalam talian

Bertitik tolak pada kesedaran inilah, saya berpendapat perlunya para usahawan berkaitan perkhidmatan dan pelanggan sendiri dihubungkan secara interaktif dalam suatuplatform digital yang dikenali sebagai One Click Hub ini.

“Saya sangat berharap ia akan membantu semua pengguna mencari pelanggan-pelanggan mereka seperti juru gambar, juru solek, penyedia makanan (catering), penganjur acara dan sebagainyasecara dalam talian dengan lebih mudah,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berharap platform tersebut mampu berfungsi sebagai langkah permulaan dengan menumpu kepada para usahawan di Komtar dan Kerajaan Negeri sendiri.

“Kerajaan (Negeri) katakan mempunyai banyak acara dan mereka menggunakan platform One Click Hub untuk menjayakan acara mereka, maka akan menggamit semua usahawan dan pelanggan menggunakan platform ini juga.

“Saya anggap Komtar ini macamibuuntuk mengembangkan platform ini yang mana semua (program pengembangan perkhidmatan dalam talian ini akan) mula dariibu’ (Komtar).

“Buat masa ini belum ada perancangan untuk memperluas platform One Click Hub ke peringkat agensi Persekutuan lagi kerana fokus kita pada peringkat negeri dahulu,” ulasnya lanjut.  

Difahamkan, setakat ini, Helmy telah melabur lebih RM12,000 untuk menubuhkan One Click Hub

Aplikasi itu akan mengarahkan usahawan dan orang ramai kepapan pemuka yang berbeza berdasarkan keperluan mereka.

Layari, https://app.oneclickhub.com.my untuk maklumatlanjut mengenai platform pelbagai guna tersebut, baik kepada usahawan digital mahupun orang ramai selaku pelanggan berpotensi.