Operasi percubaan bas elektrik secara percuma Disember ini

11055082 9aa7 46fc 8648 cd155f91a534

GEORGE TOWN – Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Lalu Lintas bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) meluluskan ujian pengendalian bas elektrik pada Disember ini.

Menurut Datuk Bandar MBPP, Dato’ Ir. A. Rajendran, ujian tersebut meliputi laluan bas shuttle sedia ada yang digunakan di dalam bandar raya George Town.

3bce908c c4ed 463c b30e 47de252d9118

“Percubaan ini tidak mendatangkan apa-apa kos kepada MBPP, kos semua ditanggung oleh Syarikat SKS Coachbuilders Sdn. Bhd. untuk tempoh enam bulan.

“Laluan sama dalam George Town sejauh lapan kilometer, meliputi satu kilometer persegi dan 19 perhentian,” ujar Rajendran dalam satu sidang media selepas Mesyuarat Biasa Majlis Bilangan 09 Tahun 2024 dekat Dewan Bandaraya di sini pagi tadi.

Hadir sama, Setiausaha Bandaraya, Sr. Cheong Chee Hong, Ahli Majlis bagi MBPP dan ketua-ketua jabatan terlibat.

657125ee de2b 42af bf3d 90bbd46893e1

Sebelum itu, minit mesyuarat berkenaan bas elektrik itu dibacakan oleh Ahli Majlis Tan Chiew Choon.

Oleh: WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar: MBPP