P. Pinang ke arah mesra penyusuan susu ibu

Admin
LYDIA Ong Kok Fooi (berdiri, dua dari kiri) bersama-sama ahli jawatankuasa MMPS menunjukkan sepanduk Kelas Khas Penyusuan Ibu dan Bayi di sini baru-baru ini.
LYDIA Ong Kok Fooi (berdiri, dua dari kiri) bersama-sama
ahli jawatankuasa MMPS menunjukkan sepanduk Kelas
Khas Penyusuan Ibu dan Bayi di sini baru-baru ini.

GEORGE TOWN – Sempena sambutan Hari Ibu 2012 , pertubuhan bukan kerajaan ( N G O ) , Mother to Mother Peer Support (MMPS) telah menganjurkan Kelas Khas Penyusuan Ibu dan Bayi secara percuma selaras dengan saranan serta hasrat Kerajaan Negeri dalam menjadikan Pulau Pinang sebagai Breastfeeding Friendly State.

Seramai 60 peserta hadir mengikuti kelas penyusuan yang diadakan di Pusat Informasi, Taman Perbandaran di sini. Mereka bukan sahaja terdiri daripada ibu-ibu yang masih menyusukan bayi, malah, turut dihadiri warga emas yang memberi sokongan kepada anak dan cucu mereka serta bersama berkongsi pengalaman masing-masing.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti, Lydia Ong Kok Fooi berkata, Kerajaan Negeri juga telah memperuntukkan sejumlah RM50,000 bagi mempromosikan kebaikan penyusuan, di samping mengadakan bengkel, seminar dan program-program berkaitan ibu dan bayi.

“Kita (Kerajaan Negeri) sekarang dalam langkah merangka untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai Baby Friendly State dan mempromosikan kebaikan susu ibu,” ujar Lydia dalam sidang medianya di sini baru-baru ini.

Sementelahan, pelbagai aktiviti turut dijalankan sepanjang kelas tersebut antaranya taklimat oleh Pakar Pediatrik dan Perunding Laktasi MMPS, Dr. Balkees Abdul Majeed; demonstrasi penyusuan, interaksi ibu dan bayi, pengurusan masa bagi ibu-ibu yang masih menyusukan bayi, peranan suami apabila isteri masih menyusu dan perkongsian pengalaman.

Kelas penyusuan yang pertama kali seumpamanya diadakan itu dilihat sebagai inisiatif jitu Kerajaan Negeri dengan kerjasama MMPS dalam mewujudkan suasana harmonis antara ibu dan bayi