PADANG LALANG – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng dan seluruh kepemimpinan Kerajaan Negeri meraikan Ulangtahun Ke-75 Hari Lahir Yang Di-Pertua Negeri, Tuan Yang Terutama (T.Y.T) Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri, Toh Puan Seri Majimor Shariff dalam satu majlis jamuan teh di Dewan Ng Yam Huat di sini baru-baru ini.
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang dan isteri, Datuk Mohd. Rashid Hasnon (Timbalan Ketua Menteri I) dan isteri, Prof. P. Ramasamy (Timbalan Ketua Menteri I) dan isteri turut hadir pada majlis keraian tersebut.
Hadir bersama, Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong, Chong Eng (Ahli Dewan Undangan negeri Padang Lalang merangkap Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) dan Datuk Mohd. Salleh Man (Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, MAINPP).
Abdullah Rahman dan isteri menyempurnakan majlis memotong kek dengan penuh istiadat.
Manakala, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Farizan Darus dan beberapa kepemimpinan lain mengambil peluang untuk memberi hadiah penghargaan sebagai menyanjungi kepemimpinan utama Abdul Rahman.
Pelbagai acara pentas seperti nyanyian lagi,boria memeriahkan temasya tersebut.