Pantai Robina bakal diremajakan semula, Exco Pelancongan respons ADUN Teluk Air Tawar

GEORGE TOWN – Kawasan pantai berhampiran Taman Robina yang pernah menjadi destinasi pelancongan asing daripada kalangan pegawai-pegawai tentera udara beberapa dekad lalu, akan diremajakan semula oleh Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang hari ini.

Exco Pembangunan Pelancongan dan Warisan, Kebudayaan & Kesenian, Yeoh Soon Hin berkata demikian ketika sesi penggulungan dalam Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Yang Ke-14 di sini pada pagi 9 Ogos 2018.

“Kerajaan Negeri akan saling bekerjasama untuk membangunkan semula pantai (berhampiran) Taman Robina,” jelasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Terubong.

Tambah Soon Hin, pihaknya turut akan berbincang dengan wakil-wakil berwajib untuk memulihara semula beberapa lagi jumpaan warisan ketara setempat, sebagaimana dibangkitkan oleh ADUN Teluk Air Tawar, Mustafa Kamal Ahmad, semalam.

Teks & Gambar : ZAINULFAQAR YAACOB