PANTAU… Bagi memastikan para pengguna tidak tertipu dengan penjualan barangan terkawal melebihi harga siling, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Abdul Kassim telah turun padang untuk membuat pemantauan di sekitar kawasan Taman Bandar Tasek Mutiara, Simpang Ampat di sini baru-baru ini.
Pemeriksaan membabitkan beberapa premis runcit dan pasar mendapati bahawa semua peniaga mematuhi peraturan dan harga siling ditetapkan.
Inisiatif khas Abdul Malik tersebut dibuat dari semasa ke semasa bagi kepentingan rakyat Pulau Pinang dan hak sebagai seorang pengguna.