‘Pasukan Perpaduan’ sokong penuh pentadbiran Kon Yeow, Anwar – Steven Sim

Admin
32d13cbf f2af 4cab b2b8 00e8638e5b04 KETUA Menteri (dua dari kiri) saling menyantuni Steven Sim Chee Keong (dua dari kanan), Ramkarpal Singh (kiri sekali) dan Phee Boon Chee (kanan sekali) selepas Persidangan DAP Negeri Pulau Pinang yang berlangsung di SPICE Arena dekat sini melabuh tirai tadi (22 September 2024).

BAYAN LEPAS – Steven Sim Chee Keong yang baru dipilih sebagai Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Pulau Pinang baharu menyeru seluruh akar umbi parti merapatkan kembali saf serta mengutamakan aspirasi rakyat negeri ini.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Konvensyen Biasa Negeri DAP Pulau Pinang di SPICE Arena dekat sini pada 22 September 2024.

59b9b520 d000 4df8 8790 b41fa4ad37f1
STEVEN Sim Chee Keong

Menyifatkan jawatankuasa DAP negeri baharunya sebagai ‘pasukan Perpaduan’, Chee Keong turut menyeru sekalian akar umbi parti untuk terus memberikan sokongan penuh kepada Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow yang juga mantan Pengerusi DAP negeri.

“Saya ingin menegaskan bahawa jawatankuasa DAP negeri Pulau Pinang ini merupakan ‘team perpaduan’.

“Di satu pihak, kami akan menyokong sepenuhnya Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dipimpin oleh Saudara Chow Kon Yeow dan juga Kerajaan Persekutuan yang dipimpin oleh Datuk Seri (Utama) Anwar Ibrahim.

“Di satu pihak lagi, kami akan terus bekerja keras (bagi) mencerminkan suara san aspirasi rakyat Pulau Pinang tanpa kompromi agar DAP akan terus menjadi parti pilihan rakyat Pulau Pinang,” jelasnya yang juga Menteri Sumber Manusia merangkap Ahli Parlimen Bukit Mertajam.

Sebagai Pengerusi DAP negeri, Chee Keong menyatakan bahawa beliau sendiri akan mengepalai sesi temu bincang jawatankuasa negeri untuk bertemu pemimpin-pemimpin peringkat akar umbi di semua kawasan Parlimen Pulau Pinang bagi mendengar suara mereka di samping aspirasi rakyat.

87d01eb8 f15d 49ce 9b73 320a76511a57
MUKA baharu dan lama dalam Jawatankuasa DAP Negeri Pulau Pinang Sesi Tahun 2024/2027.

Berikut adalah senarai Jawatankuasa DAP Negeri Pulau Pinang Sesi 2024/2027:

Pengerusi: Sim Chee Keong
Timbalan Pengerui: Ramkarpal Singh
Naib Pengerusi: Zairil Khir Johari
Naib Pengerusi: Yeoh Soon Hin
Setiausaha Negeri: Lim Hui Ying
Penolong Setiausaha Negeri: H’ng Mooi Lye
Bendahari Negeri: Teh Lai Heng
Penolong Bendahari Negeri: Lay Hock Peng
Setiausaha Organisasi Negeri: Phee Boon Chee
Penolong Setiausaha Organisasi Negeri: Lee Wei Siang
Penolong Setiausaha Organisasi Negeri: Lim Siew Khim
Setiausaha Publisiti Negeri: Woo Sze Zeng
Penolong Setiausaha Publisiti Negeri: Soon Lip Chee
Pengarah Pendidikan Politik Negeri: Gooi Zi Sen

Ahli Jawatankuasa (AJK):
R.S.N. Rayer
Phee Syn Tze
Ooi Yong Wooi
Teh Chuann Yien
Sundarajoo a/l Somu (Dato’ Seri)
Foo Yu Keong