PBT responsif terhadap keperluan rakyat, terajui pembangunan inklusif

ca04f94b a00b 459e b796 8d419823e6b3

BAYAN LEPAS – Selaras dengan Visi Penang2030, Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam membangunkan negeri dengan pendekatan yang holistik bagi menerajui pembangunan serta kemajuan negeri secara seimbang, mampan dan juga harmoni.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow berkata bahawa pendekatan secara inklusif telah membantu menjadikan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lebih responsif terhadap keperluan rakyat sekali gus mewujudkan masyarakat yang lebih harmoni.

“Kedua-dua PBT iaitu Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah memikul tanggungjawab yang besar ke arah mencapai Visi Penang2030.

cf139b6f 78c2 43c2 b699 fe8236e30e06Ahli Majlis umpamanya, dilantik sebagai pengantara bagi pihak Kerajaan Negeri untuk memudah cara dan menyelesaikan masalah rakyat tempatan dengan cara yang proaktif dan progresif serta selari dengan hasrat Kerajaan Negeri.

“Justeru, pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada MBSP dan MBPP kerana berjaya mengekalkan penarafan lima bintang dalam Sistem Penarafan Bintang PBT seluruh Malaysia tahun 2024 dengan markah 96.69 peratus bagi MBPP dan 94.09 peratus bagi MBSP.

“(Dan) adalah diharapkan agar segala perancangan serta usaha murni ini terus berjaya membawa kebaikan dan kemajuan kepada komuniti serta memberi impak positif kepada kehidupan kita bersama,” ujarnya semasa merasmikan Majlis Apresiasi Ahli Majlis PBT di Hotel Eastin pada 17 Disember 2024.

e0efc6c2 bb59 40ab a5ab c684a7ba6239Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Zulkifli Long; Exco Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar & Desa, Jason H’ng Mooi Lye; Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Dato’ Ir. A. Rajendran dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Dato’ Baderul Amin Abdul Hamid.

Setiausaha Bahagian Kerajaan Tempatan, Muhamad Husni Mahmud; Setiausaha Bandaraya MBPP, Sr. Cheong Chee Hong; Setiausaha Bandaraya MBSP, Mohd. Ibrahim Md. Noor serta barisan Ahli-ahli Majlis antara yang turut hadir.

Mengulas lanjut, Kon Yeow yang juga Exco Kewangan, Pembangunan Ekonomi & Tanah dan Komunikasi turut menyatakan bahawa fokusnya terhadap isu-isu peringkat negeri menjadi keutamaan.

d0612671 682e 49ea 8a6c baf021b6cd56“Selain dari memastikan Pulau Pinang mendapatkan kelulusan projek dan infrastruktur yang besar, saya juga perlu memastikan projek tersebut dilaksanakan mengikut jadual.

“Di samping itu, saya juga berharap agar kedudukan kewangan dapat dipulihkan dalam tempoh dua ke tiga tahun lagi agar kita dapat berada pada satu landasan yang lebih kukuh untuk melaksanakan kerja-kerja penting demi negeri.

3947d03e 55d4 4340 a7b7 8396ba785417“Pada keseluruhannya, kita hampir mencapai taraf bandar raya yang selesa dan mampan, cuma perlu memperbaiki beberapa aspek penguatkuasaan agar negeri kita lebih menarik dan dikunjungi,” jelasnya lanjut.

Pada acara kemuncak, selain sesi cabutan bertuah, sekalian tetamu turut dihiburkan dengan persembahan istimewa daripada barisan kakitangan PBT serta penyampaian anugerah pakaian terbaik.

Oleh : NUR ASHIKIN ISMAIL

Gambar : SITI NURATIKAH RAHMAT