PDC, membentuk landskap hartanah Pulau Pinang

Admin
dua residensi in teluk kumbar

Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) memainkan peranan utama dalam memimpin dan membentuk landskap hartanah di Pulau Pinang di sebalik kemajuan sosioekonominya. Berdepan dengan peningkatan kos dan juga kekurangan tanah terutamanya di bahagian pulau, PDC sentiasa komited dalam menyediakan pelbagai jenis skim perumahan demi memastikan warga Pulau Pinang berpeluang untuk mempunyai tempat tinggal.

 

Permulaan Awal Peranan Perumahan PDC

Perkembangan dan kemajuan kawasan perindustrian Bayan Lepas dan Seberang Jaya menjadi titik permulaan PDC sebagai pemaju hartanah utama negeri dengan pembinaan perbandaran awal untuk pekerja industri dan juga untuk penduduk Pulau Pinang secara amnya.

Dengan pilihan dari flat kos rendah hingga flat kos sederhana dan rumah atas tanah di sekitar Bayan Baru, Seberang Jaya, Lebuh Gat Macallum dan Jalan Kedah, PDC melebarkan asas ekonomi negeri melalui sektor pembinaan yang kukuh.

 

Berevolusi Mengikut Trend dan Memastikan Kebolehhidupan

Pada masa kini, PDC Properties Sdn. Bhd. (PDCP), anak syarikat PDC, lebih menumpukan fokus dalam membina projek yang berkualiti, mewah dan mampu milik dengan mengenal pasti trend semasa dan menghasilkan projek yang mencerminkan gaya hidup kontemporari.

Menjelang milenium, PDCP telah membangunkan lebih banyak hartanah bertingkat tinggi dilengkapi dengan teknologi terkini. Ini termasuk skim perumahan mampu milik – Rumah Bakat Baru (New Talent Housing) khusus bagi pekerja-pekerja muda di Pulau Pinang. Dijangka dilancarkan pada tahun 2025, ia akan menampilkan sistem IBS terkini dalam pembinaan kediaman berkualiti tinggi di Bandar Cassia, Batu Kawan dan Seberang Jaya.

PDCP telah menyediakan pelbagai kemudahan di perumahan mampu milik demi menggalakkan keterangkuman. Dengan mengambil Jiran Residensi sebagai contoh dan juga Dua Residensi, Suria 1 dan Suria 2 Fasa 4, di dalamnya terkandung kedai komersial, parkir bertingkat, dewan serbaguna, taman permainan kanak-kanak dan gimnasium terbuka.

 

Jadual 1: Projek yang siap dibina oleh PDCP dari tahun 2007-2021

# Projek Tahun

Siap Dibina

Jenis Lokasi
1. Intan Cempaka 2007 Rumah Teres Setingkat Bandar Cassia
2. Villa Tanjung Permai 2009 – Rumah Berkembar (Dua TingKat)

– Banglo Dua Tingkat

– Rumah Teres Setingkat

– Banglo Setingkat

Bandar Cassia
3. D’Residence 2010 Lot Banglo & Banglo Bayan Lepas
4. Dedaun 2010 Lot Banglo & Banglo Bina-Siap Bandar Cassia
5. Ixora Heights 2011 Pangsapuri Sungai Nibong
6. Lot 28 2011 Pejabat Kedai Tiga Tingkat Sungai Nibong
7. Teratai Idaman 2012 Rumah Teres Dua Tingkat Bandar Cassia
8. Halaman Kenanga 2012 Pangsapuri Sungai Nibong
9. Halaman Seroja 2012 Rumah Teres Dua Tingkat Bandar Cassia
10. Pinggiran Damai 2012 Rumah Teres Dua Tingkat Seberang Jaya
11. Intan Delima 2013 Rumah Teres Setingkat Bandar Cassia
12. Quartermile 2014 Komersial Bayan Baru
13. AHS Suria 1 2018 Pangsapuri Mampu Milik Bandar Cassia
14. Dedaun Fasa 2A 2018 Lot Banglo Bandar Cassia
15. AHS Dua Residensi 2020 Pangsapuri Mampu Milik Teluk Kumbar
16. AHS Jiran Residensi 2021 Pangsapuri Mampu Milik Butterworth

 

Menuju ke arah Perumahan Berimpak-Tinggi

Kebelakangan ini, PDCP menuju ke arah perumahan mampu milik dengan teknologi pintar berimpak tinggi demi mengurangkan jurang harga di antara rumah mampu milik dan mewah. Projek-projek baru ini termasuk pembangunan campuran, atas tanah dan bertingkat-tinggi.

 

Jadual 2: Projek Perumahan Berimpak Tinggi di bawah Perancangan dan Pembangunan oleh PDCP

Projek Jenis Unit
Bertam Rumah Teres & Rumah Berkembar Dua Tingkat 48
Fasa 1, Bukit Jambul Kondominium Bertingkat Tinggi 200
Fasa 1,2,3 & 4

Cassia Cempaka

Banglo, Rumah Teres dan Rumah Berkembar Dua Tingkat 233
One Mutiara Pangsapuri Bertingkat Tinggi 356
Burmah Square Pembangunan Bercampur 518

 

Menetapkan piawaian baru dalam pembangunan rumah mampu milik yang mampan, mesra alam dan kebolehhidupan yang tinggi, perumahan binaan PDCP dilengkapi dengan teknologi pintar seperti pintu masuk dwi-kunci, panel solar, tadahan air hujan, tapak pengecas EV dan kemudahan siap-sedia ketersambungan dengan 10 peratus simpanan tanah untuk landskap hijau.

 

Rumah Pintar untuk setiap warga Pulau Pinang

PDCP berperanan penting dalam menjaga harga hartanah Pulau Pinang dan terus memastikan kebolehcapaian kediaman bagi setiap warga Pulau Pinang; menjadikan Pulau Pinang destinasi utama untuk kehidupan bandar, migrasi bakat, dan peluang pelaburan.