PDC; perancang induk perbandaran moden

Admin
3. seberang jaya township

SEIRING dengan kemajuan perindustrian di Pulau Pinang, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) muncul sebagai perancang induk dan pemaju perbandaran baharu – mengemudi urbanisasi merentasi kawasan luar bandar dengan mengubahnya kepada perbandaran moden Bayan Baru dan Seberang Jaya yang dilengkapi kediaman dan bangunan komersial serta kemudahan baharu pada 1970-an. Langkah perintis ini bukan sahaja membolehkan rakyat Pulau Pinang menikmati kehidupan yang lebih berkualiti, malah merevolusikan konsep perbandaran moden yang bertaraf tinggi untuk dicontohi oleh pemaju swasta.

 

Daripada perumahan atas tanah ke rumah bertingkat tinggi, kediaman terancang PDC ini pada mulanya ditawarkan kepada golongan pekerja yang ditempatkan di Bayan Lepas dan Prai untuk memudahkan kemajuan industri dengan mengurangkan masa dan kos perjalanan. Kini, perbandaran ini telah berkembang pesat sebagai bandar-bandar utama. Sebagai perancang induk perbandaran moden, legasi PDC terus bersinar di Bandar Cassia, perbandaran ketiga PDC dan perbandaran eko pintar pertama di Wilayah Utara.

 

Perbandaran dibangunkan oleh PDC Kawasan tanah
Bayan Baru 3,455 ekar
Seberang Jaya 1,124 ekar
Bandar Cassia 6,326 ekar

 

Bandar Kontemporari di luar George Town: Bayan Baru

Berdekati dengan Taman Perindustrian Bayan Lepas dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Bayan Baru adalah perbandaran revolusi pertama PDC di Pulau Pinang. Dibuka secara rasmi pada Oktober 1975, PDC telah membangunkan Bayan Baru daripada 3,455 ekar sawah padi kepada sebuah perbandaran kontemporari yang menarik migrasi penduduk dari George Town ke daerah selatan Pulau Pinang.

 

Bayan Baru dibangunkan oleh PDC sebagai sebuah bandar integrasi dengan sub-pusat bandar yang menyediakan akses mudah ke kemudahan komersial, terutamanya pasar raya, kedai makan, pasar, sekolah, diikuti dengan kemudahan sosial dan rekreasi seperti taman-taman dan ruang komuniti. Ini menjadikannya bandar komprehensif pertama dalam negeri, di mana unsur-unsur ‘Live-Work-Play-Learn’ digabungkan secara harmoni. Sebagai perbandaran moden yang pertama di Pulau Pinang, Bayan Baru memberi peluang baharu kepada pemaju swasta untuk bersama-sama membangunkan projek-projek perumahan dan komersial. Menjelang tahun 1989, sebahagian daripada 6,600 unit rumah PDC menempatkan anggaran penduduk sebanyak 33,000 orang.[1]

1. bayan baru
BAYAN Baru merupakan perbandaran pertama yang dibangunkan oleh PDC.

Kini, Bayan Baru menjurus ke arah untuk menjadi pusat utama bagi sektor Perkhidmatan Perniagaan Global (GBS). Menjangkakan peningkatan dalam GBS sebagai penyumbang utama kepada ekonomi Malaysia, PDC telah menubuhkan dua kemudahan GBS di Bayan Baru yang dikenali sebagai GBS@Mayang dan GBS@Mahsuri pada 2021 yang menempatkan lebih daripada 60 syarikat GBS.[2]

 

Pembangunan Perbandaran Moden di Seberang: Seberang Jaya

Kejayaan Bayan Baru membawa PDC kepada pembangunan perbandaran Seberang Jaya – perbandaran bersepadu dan terancang pertama di Seberang Perai. Sebagai hab industri berat dan logistik negeri di mana landasan kereta api, terminal feri dan pelabuhan berpusat, Seberang Jaya merupakan lokasi pilihan untuk menempatkan populasi perindustrian yang semakin meningkat di Prai.

 

Dilancarkan pada 1976, PDC menjadikan 1,124 ekar tanah luar bandar, terutamanya ladang getah kepada sebuah perbandaran yang komprehensif. Sama seperti perbandaran Bayan Baru, Seberang Jaya menawarkan pelbagai kemudahan moden termasuk taman-taman dan kawasan komuniti terbuka dalam kawasan komersial dan perumahannya. Tanah yang luas memberi inspirasi kepada PDC untuk menyediakan banyak kemudahan rekreasi seperti taman, padang bola sepak dan Taman Burung yang kemudiannya menjadi tarikan pelancong tempatan yang popular. Dengan peningkatan dalam aktiviti komersial, PDC membina SP Arena pada tahun 2015, sebuah dewan serbaguna untuk acara MICE.

4. seberang jaya is a thriving city with surging population
SEBERANG Jaya merupakan perbandaran terancang pertama di Seberang Perai dan kini berkembang maju.

Kesalinghubungan logistic Seberang Jaya dipertingkatkan lagi dengan pembinaan Jambatan Pulau Pinang pada 1985 dan Penang Sentral, pembangunan berorientasikan transit utama yang ditubuhkan pada 2018. Seberang Jaya terus dibangunkan oleh PDC dan pemaju swasta lain selaras dengan pertumbuhan populasinya – menjadikannya sebuah perbandaran yang bersepadu padat dengan pembangunan yang beterusan.

 

Bandar Eko Pintar: Bandar Cassia

Melangkah ke abad ke-21 di mana penembusan Internet Perkara (IoT) dalam  kehidupan harian, PDC membangunkan perbandaran futuristik dengan penguasaan teknologi di mana orang ramai boleh tinggal, bekerja, bermain dan belajar secara bersepadu di persekitaran hijau yang dilengkapi dengan infrastruktur berlengkap. Konsep ini menyerlah dalam pembangunan perbandaran terbaharunya di Bandar Cassia, bandar eko pintar pertama Pulau Pinang.

 

Diperolehi oleh PDC pada tahun 1990, kawasan ini asalnya dikenali sebagai ‘Batu Kawan’ dan kebanyakannya adalah ladang kelapa sawit. Selepas dinamakan sebagai ‘Bandar Cassia’, PDC menerajui pembangunan pesatnya secara berperingkat; mengubah ladang yang dikelilingi dengan paya bakau, kepada bandar bertaraf dunia. Bandar Cassia mempunyai akses terus ke bahagian Pulau melalui Jambatan Pulau Pinang Kedua serta akses ke negeri lain melalui Lebuhraya Utara-Selatan.

6. bandar cassia smart eco township
LOKASI strategik Bandar Cassia menyambungkan Pulau Pinang dengan Semenanjung Malaysia.

Sebagai pembangunan ketiga serta perbandaran terbaharu PDC, Bandar Cassia akan dijadikan daerah perniagaan baharu,  hab perubatan, pendidikan dan gaya hidup. Selaku perancang induk dan pemajunya, PDC memulakan pembangunan pelbagai jenis kediaman dan infrastruktur kelas pertama, membuka peluang pembangunan bersama dengan pemaju swasta di Bandar Cassia. Antaranya termasuk Penang Design Village, IKEA dan dua institusi pengajian tinggi terkenal – Kolej KDU UOW Malaysia dan Kolej Peninsula. Kesemuanya terletak dalam persekitaran Taman Perindustrian Batu Kawan (BKIP) dan Taman Teknologi Bandar Cassia (BCTP). Kejayaan Bandar Cassia telah menjadikannya magnet bakat, migrasi penduduk dan pelaburan.

 

Legasi Perbandaran Berkekalan PDC

Sehingga kini, peningkatan nilai tanah perbandaran Bayan Baru, Seberang Jaya dan Bandar Cassia menunjukkan kejayaan PDC dalam peranannya sebagai pembina utama dan pemaju. PDC membangunkan perbandaran yang inovatif, canggih dan mampan yang bukan sahaja mendahului masa, malah meningkatkan kualiti hidup rakyat dan kebolehdiaman Pulau Pinang merentas pelbagai generasi; selaras dengan aspirasi Pulau Pinang 2030 dalam memupuk negeri yang berfokuskan keluarga, hijau dan pintar.

 

[1] “Penang: Looking Back, Looking Ahead, 20 years of Progress”, PDC’s 20th Anniversary Booklet, 1990, 24–26.

[2] ‘Penang Taps into the Potential of Global Business Services’, Invest Penang website, 9 December 2021, https://investpenang.gov.my/penang-taps-into-the-potential-of-global-business-services/, accessed on 12 March 2024.