PDC; perintis pembangunan taman perindustrian

Admin
7. bayan lepas ftz 2024

PADA ketika Pulau Pinang menghadapi kadar pengangguran yang tinggi ekoran kehilangan status pelabuhan bebas pada tahun 1969, PDC ditubuhkan sebagai pemangkin utama dengan mempelopori pembangunan taman perindustrian bagi mempercepatkan pertumbuhan ekonomi dan juga menjana peluang-peluang pekerjaan. Taman-taman perindustrian ini menjadi asas kepada pertumbuhan ekonomi Pulau Pinang; faktor penarik pelaburan langsung asing (FDI) dan juga berjaya membuka lembaran transformasi Pulau Pinang sebagai Lembah Silikon Timur serta hab perindustrian di wilayah utara negara.

 

 

Kini, Pulau Pinang yang dalam proses meningkatkan rantaian nilainya, taman perindustrian generasi baru milik PDC akan terus memainkan peranan penting untuk menarik industri berteknologi serta bernilai tinggi sejajar dengan perubahan trend global Industri 4.0.

 

 

Dari FTZ Pertama kepada Taman Perindustrian Kesebelas

 

 

Peranan PDC dalam mempromosikan sektor perindustrian  bermula pada tahun 1970 apabila ia mempelopori konsep Zon Perdagangan Bebas (FTZ) bagi menggalakkan pelaburan asing dalam industri berorientasikan eksport serta intensif buruh. Sebagai agensi utama negeri yang mempunyai autonomi operasi dalam pembangunan perindustrian, PDC menubuhkan FTZ pertama negara di Sungai Kluang, Bayan Lepas pada tahun 1972 yang dilihat sebagai penggerak utama yang membawa Pulau Pinang memasuki pasaran antarabangsa menerusi pembuatan elektronik.

 

6. construction of bukit minyak industrial park in 1994
PEMBINAAN Taman Perindustrian Bukit Minyak pada tahun 1994.

 

Malah, bagi meyakinkan pelabur asing yang sebahagian besarnya tidak menyedari akan kewujudan dan tenaga kerja di Pulau Pinang, PDC telah berjaya menubuhkan syarikat elektronik pertama Pulau Pinang iaitu ‘Penang Electronics’. Hasil gabungan jaringan infrastruktur seperti tanah, elektrik serta pembekalan air, dan diikuti dengan latihan pembangunan modal insan oleh City In-Service Centre, pusat pembangunan kemahiran pertama Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1970 (kemudian dikenali sebagai Pusat Pembangunan Kemahiran Pulau Pinang, PSDC pada tahun 1989), dengan ini, Pulau Pinang terus memacu sebagai hab pembuatan global utama.

 

 

Kini, kecemerlangan PDC terus bersinar dengan pembangunan taman industri bertaraf dunia bagi memenuhi keperluan industri yang pesat di Pulau Pinang pada abad ke-21 iaitu dari sebuah model yang bergantung kepada tenaga buruh dan nilai tambah rendah kepada sebuah intensif modal, berpengetahuan serta berteknologi tinggi. Selain kawasan perindustrian utama di Bayan Lepas dan tapak perindustrian berat di Perai, PDC telah berjaya menjadi perintis dan membangunkan tujuh (7) lagi taman perindustrian di Seberang Perai bermula dari Mak Mandin, Seberang Jaya, Bukit Tengah, Bukit Minyak, Taman Sains Pulau Pinang (Utara), Taman Perindustrian Batu Kawan (BKIP & BKIP3) dan Taman Teknologi Bandar Cassia (BCTP) bagi memenuhi keperluan industri berteknologi dan bernilai tinggi seperti elektrik & elektronik, teknologi perubatan, aeroangkasa/avionik, kejuruteraan & peralatan serta juga R&D.

 

 

Terkini, PDC telah merealisasikan pembangunan taman perindustrian ke-10 iaitu Taman Perindustrian Batu Kawan 3 (BKIP 3), yang mana ia dilancarkan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Utama Anwar bin Ibrahim pada Februari 2024. Ke arah meningkatkan manfaat pembangunan ekonomi selain memenuhi permintaan tanah perindustrian, BKIP 3 adalah dikelilingi Bandar Cassia Technology Park (BCTP) iaitu sebuah bandar eko bersepadu pintar yang menempatkan syarikat berteknologi tinggi serta mesra alam di bawah modul pajakan maksimum 60 tahun. Secara tidak langsung, kerancakan dan kondusif persekitaran ini telah mencatat serta mencorak masa depan landskap perindustrian Pulau Pinang secara keseluruhan.

 

 

 

 

Bil. Taman Perindustrian Tahun Penubuhan Keluasan Kawasan (ekar)
1 Mak Mandin Industrial Park 1961 192
2 Taman Perindustrian Bayan Lepas 1972 1,400
3 Taman Perindustrian Seberang Jaya 1972 166
4 Taman Perindustrian Perai 1972 1,656
5 Bukit Tengah Industrial Park 1989 489
6 Taman Perindustrian Bukit Minyak 1993 1,111
7 Penang Science Park 2010 298
8 Penang Science Park North 2015 298
9 Taman Perindustrian Batu Kawan (BKIP) 2011 1,151
10 Taman Perindustrian Batu Kawan 3 (BKIP3) 2024 407
11 Bandar Cassia Technology Park (BCTP) 2022 303

 

 

Penempatan kepada lebih daripada 350 syarikat multinasional (MNC) dan 4,000 perindustrian kecil serta sederhana (IKS/PKS) berkait sektor pembuatan, syarikat-syarikat ini bukan hanya menyumbang sebanyak 42% daripada jumlah FDI pembuatan kepada Pulau Pinang, malah juga kepada Malaysia bagi tahun 2023; melangkaui pertumbuhan GDP negara dengan rekod 13.3%. Kedudukan Pulau Pinang telah mengatasi Selangor (11.9%), Pahang (10.8%), dan Kuala Lumpur (9.2%). Keunikan taman-taman perindustrian ini adalah pada aspek jarak yang mana ia adalah berdekatan antara satu sama lain (tidak melebihi radius 40km), membentuk nukleus industri kukuh dan juga rangkaian kesalinghubungan kepada lebuh raya utama, lapangan terbang dan pelabuhan yang menjadikannya penggerak utama dalam pertumbuhan landskap perindustrian baharu Pulau Pinang.

 

1. workers at penang electronics, the first electronics plant in penang set up by pdc
KILANG Penang Electronics merupakan kilang elektronik pertama di Pulau Pinang.

 

 

Pembangunan Taman Industri Generasi Masa Depan

 

Dipelopori dan ditadbir oleh PDC, hab perindustrian generasi baharu ini mengekalkan daya saing Pulau Pinang dalam era teknologi yang inovatif serta moden.

 

“Taman perindustrian generasi masa depan bakal dibekalkan dengan kesediaan infrastruktur, memfokuskan kepada sinergi antara kemampanan dan kecekapan dengan memanfaatkan kuasa Internet Benda (IoT) serta pengurusan holistik”, kata Ketua Pegawai Eksekutif PDC, Dato’ Aziz bin Bakar.

 

Selaras dengan nilai Tadbir Urus Sosial Alam Sekitar (ESG) dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), taman perindustrian generasi baharu PDC direka dengan kemudahan industri bertaraf dunia, elemen hijau, ruang awam dan kemudahan pelbagai guna yang mana perniagaan dan kehidupan boleh bercambah bersama-sama.

 

10. penang science park 2024
PENANG Science Park.

 

Kejayaan PDC dapat dibuktikan di Taman Perindustrian Batu Kawan (BKIP) sebagai perbandaran industri berteknologi tinggi yang dilengkapi dengan infrastruktur komprehensif, ciri-ciri kehijauan dan juga pelbagai kemudahan perniagaan, rekreasi serta pendidikan. Menyumbang kepada kira-kira 36% daripada jumlah pelaburan di Pulau Pinang pada tahun 2020, BKIP merupakan penempatan utama kepada pelbagai kilang berteknologi tinggi dan berfokuskan R&D antaranya, Pusat Kecemerlangan Vitrox, Micron, Smith+Nephew, Lam Research dan banyak lagi; sinarnya memperlihatkan contoh taman industri generasi baharu bertaraf dunia yang menyuntik inspirasi inovasi perindustrian.

 

“Pulau Pinang telah menjadi lokasi pilihan kepada pelabur, justeru dengan permintaan yang meningkat terhadap tanah perindustrian, perancangan PDC mestilah inovatif dan cekap dalam merancang masa depan taman perindustrian bagi menyokong keperluan para pelabur dan seterusnya mengekalkan kedudukan Pulau Pinang sebagai negeri berdaya saing di rantau ini,” ulas Dato’ Aziz lanjut.

 

 

Dengan pengalaman lebih daripada 50 tahun dalam pembangunan sektor industri, PDC terus mencorak perjalanan pembangunan ekonomi Pulau Pinang secara keseluruhan dengan menarik para pelabur domestik serta asing ke taman perindustrian generasi baharu yang dinamik. Catatan kejayaan ini bukan sahaja merupakan bukti kecemerlangan berkekalan PDC, malah juga komitmennya dalam meningkatkan tahap pembangunan ekonomi Pulau Pinang sambil mendorong serta menarik kemajuan industri-industri baharu.

 

Antara taman perindustrian yang dibangunkan oleh PDC :

9. bkip 2024 8. prai industrial park 2024

10. penang science park 2024 (1)