Pejabat Tanah SPU cipta sejarah anjur temasya rakyat

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

KAKITANGAN PTD SPU dan belia tempatan beradu tenaga dalam acara tarik tali.
KAKITANGAN PTD SPU dan belia tempatan beradu tenaga dalam acara tarik tali.

KEPALA BATAS – Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Seberang Perai Utara (SPU) baru-baru ini mencipta sejarahnya tersendiri ekoran kejayaan menganjurkan temasya rakyat yang dikenali sebagai “Sedetik Kita Bertemu di PTD SPU”, di sini baru-baru ini.

Paling istimewa, temasya itu menyaksikan pertandingan nasyid antara sekolah-sekolah rendah jenis Sekolah Agama Rakyat (SAR).

Lebih 15 SAR menyertai pertandingan tersebut.

“Ini sejarah bagi kami selaku penganjur kerana boleh mengadakan pertandingan nasyid antara sekolah-sekolah agama rakyat di seluruh SPU ini,” kata penganjur.

Tinjauan Buletin Mutiata mendapati pertandingan tarik tali yang membabitkan kakitangan PTD sendiri dan kaum belia setempat antara acara sukaneka rakyat yang paling meriah.

Mini ekspo makanan turut menyerikan keraian rakyat tersebut.

Majlis perasmian program kemasyarakatan itu disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Haji Othman.

K e m e r i a h a n persembahan nasyid oleh adikadik Sekolah Agama Rakyat.
Kemeriahan persembahan nasyid oleh adik-adik
Sekolah Agama Rakyat.