Pek Aidilfitri beri manfaat kepada 800 penerima

Admin

KONGSI REZEKI… Inisiatif Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Maung dan Pasar Raya Mydin, 800 individu mendapat manfaat sumbangan pek Aidilfitri sepanjang bulan Ramadan ini.

 

Sumbangan meliputi barangan keperluan sambutan Hari Raya Aidilfitri, dan kit cegah COVID-19.

 

Menurut Exco Perdagangan, Industri dan Pembangunan Usahawan, Dato’ Abdul Halim Hussain merangkap ADUN Batu Maung, kolaborasi tersebut dijalankan sebagai usaha membantu golongan kurang berkemampuan untuk sama-sama meraikan Aidilfitri.

 

“Cuma kali ini kita fokuskan kepada golongan bujang, sebab dalam komuniti kita ini kadang kala ada yang bujang hingga umur 70, sebatang kara juga berdepan kesukaran.

 

“Bantuan ini kita jalankan berperingkat-peringkat, ini belum lagi masuk bantuan daripada Zakat Pulau Pinang (ZPP) dan agensi-agensi lagi,” ringkas beliau kepada Buletin Mutiara semalam.

 

Hadir sama, Pengurus Besar Mydin Wilayah Utara, Azmin Saduruddin.

 

 

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : DARWINA MOHD. DAUD