Pekerja Am MPPP kemalangan terharu dikunjungi KM

Admin

 

SANTHARA Sagaran (kanan sekali) dan isteri (dua dari kiri) menerima sumbangan Ketua Menteri sambil diperhatikan Patahiyah Ismail (kiri sekali) sempena lawatan khas beliau di sini baru-baru ini.
SANTHARA Sagaran (kanan sekali) dan isteri (dua dari kiri) menerima sumbangan Ketua Menteri sambil diperhatikan Patahiyah Ismail (kiri sekali) sempena lawatan khas beliau di sini baru-baru ini.

GEORGE TOWNSeorang Pekerja Am Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang kemalangan semasa dalam tugas baru-baru ini mendapat perhatian kepemimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Santhara Sagaran, 57, yang berkhidmat dalam MPPP kira-kira 32 tahun dilaporkan melahirkan rasa terharu kerana Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng sendiri dating melawatnya di hospital swasta Gleneagles, di sini baru-baru ini.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Guan Eng kerana sanggup mengeluarkan dana peruntukan Ketua Menteri berjumlah RM1,000 untuk dirinya.

Bersama Ketua Menteri adalah Yang diPertua MPPP, Datuk Ar. Patahiyah Ismail.

Santhara berkata, kedua-dua belah kaki dan salah satu tangannya telah patah akibat dilanggar dek kereta Kancil dari arah bertentangan trafik dekat jalan Peel Avenue, di sini.

“Pekerja MPPP biasanya sapu jalan dari arah bertentangan dengan (laluan) trafik supaya dapat melihat (trafik kenderaaan) dengan lebih baik. Tetapi, malangnya (kereta) Kancil dating dari arah melawan trafik jalan lalu langgar saya,” ujar beliau semasa ditanya oleh Guan Eng.

Beliau berkata, beliau kemudiannya dikejarkan ke Hospital Besar Pulau Pinang dan kemudian mengambil keputusan untuk mendapatkan rawatan di Gleneagles yang juga merupakan tempat isterinya bekerja.