BAYAN LEPAS – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, pelaburan di Pulau Pinang dalam tempoh tujuh tahun (2008 sehingga 2014) menunjukkan peningkatan sebanyak 93 peratus menjadi RM48,211 juta, berbanding RM24,932 juta yang direkodkan dalam tempoh sama pada tahun 2001 – 2007.
“Perbandingan dalam tempoh tujuh tahun lebih adil, kita dapat RM48,211 juta (dalam tempoh 2008 hingga 2014), dan tujuh tahun sebelum 2008 hanya RM24,932 juta.
“Ini adalah perbezaan yang amat ketara tentang prestasi (Kerajaan Negeri) sekarang dan dulu,” ujarnya pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) di sini baru-baru ini.
Penjelasan Guan Eng itu sekaligus menolak dakyah pembangkang Pulau Pinang kononnya pencapaian yang diraih sekarang semuanya adalah hasil pembangunan infrastruktur pelaburan strategik oleh Kerajaan Negeri sebelum tahun 2008.
Justeru, Guan Eng menasihatkan pembangkang Pulau Pinang menerima hakikat bahawa Kerajaan Negeri yang ada hari ini jauh lebih berkualiti berbanding dulu.
d.getElementsByTagName(‘head’)[0].appendChild(s);