CEMERLANG… Seramai 28 pelajar cemerlang dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun lalu diraikan dalam suatu Majlis Hi-Tea dan Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Bayan Lepas di sini baru-baru ini.
Pegawai Penyelaras KADUN (PPK) Bayan Lepas, Asnah Hashim berkata, majlis yang mendapat kerjasama penduduk Taman Sungai Ara itu merupakan majlis penghargaan dan ukhuwah bagi meraikan kejayaan cemerlang anak-anak tempatan dalam pelajaran.
Sejumlah RM100 dan sijil penganugerahan telah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Abul Kassim kepada pelajar-pelajar tersebut.