Pelantikan 48 Ahli Majlis PBT Pulau Pinang sehingga 31 Disember 2025, umum Exco

6b5df46b 5cbb 4447 b3f2 51895fff287c JASON H’ng Mooi Lye (tengah) merakamkan gambar dengan barisan muka baru yang bakal mengangkat sumpah terima jawatan Ahli Majlis bagi MBPP dan MBSP nanti, seusai sidang media berkaitan di Komtar pada 1 Januari 2025.

GEORGE TOWN – Exco Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar & Desa, Jason H’ng Mooi Lye mengumumkan pelantikan 24 Ahli Majlis bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan 24 Ahli Majlis bagi Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) yang berkuat kuasa mulai hari ini, 1 Januari hingga 31 Disember 2025.

9c32fcc1 29c5 4246 908f 46218dced236
JASON H’ng Mooi Lye

Beliau berkata, Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Pulau Pinang pada 18 Disember lepas telahpun meluluskan pelantikan 48 Ahli Majlis bagi kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri, yang mana selaras dengan kehendak Seksyen 10(2) Akta Kerajaan Tempatan, 1976.

“Selaras dengan kehendak Seksyen 10(2) Akta Kerajaan Tempatan, 1976, pelantikan ini perlu dibuat dalam kalangan individu yang pada pendapat Kerajaan Negeri Pulau Pinang, mempunyai pengalaman luas dalam hal ehwal kerajaan tempatan atau yang memperoleh kejayaan terpuji dalam sesuatu profesion, perdagangan atau perindustrian, ataupun yang mempunyai kebolehan untuk mewakili kepentingan komuniti mereka dalam kawasan PBT itu,” jelasnya dalam sidang media berkaitan di Komtar pada 1 Januari 2025.

Turut serta, Datuk Bandar MBPP, Dato’ Ir. A. Rajendran.

Mengulas lanjut, Mooi Lye memberitahu bahawa Majlis Angkat Sumpah dan Menandatangani Pengakuan Terimaan Jawatan sebagai Ahli Majlis bagi MBPP akan diadakan pada 3 Januari 2025, jam 3 petang di Dewan Bandaraya, Jalan Padang Kota Lama.

Sementara Majlis Angkat Sumpah dan Menandatangani Pengakuan Terimaan Jawatan sebagai Ahli Majlis bagi MBSP pula, beliau berkata, akan diadakan pada 9.00 pagi hari yang sama di Dewan Kenanga, Menara Bandaraya, Jalan Perda Utama.

img 4474
KUOTA Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Pulau
Pinang tahun 2025.

Selain itu, Mooi Lye yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jawi memberitahu bahawa bagi MBPP, ketua parti Ahli Majlis bagi Parti Tindakan Demokratik (DAP) adalah Tan Soo Siang; R. Hari Krishnan (Parti Keadilan Rakyat, PKR); dan Muhamad Kharul Mohd. Ali (Parti Amanah Negara, AMANAH).

Manakala bagi MBSP, beliau memaklumkan Cheen Goon Hooi adalah ketua parti dari DAP; Zainuddin Mohamed (PKR); Mohd. Suzuki Ahmad (AMANAH); dan Datuk Mohd. Noor Ahmad (Barisan Nasional, BN) dilantik sebagai Ahli Majlis PBT berkaitan.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : SITI NURATIKAH RAHMAT

img 4476
img 4477