Pelbagai lapisan masyarakat rai rumah terbuka

SAMBUTAN MERIAH… Majlis Rumah Terbuka Deepavali Peringkat Negeri Pulau Pinang disambut meriah di Dewan Serbaguna Jawi, Seberang Perai Selatan (SPS) baru-baru ini dengan kehadiran masyarakat pelbagai lapisan kaum dari seluruh negeri ini.

Turut memeriahkan penganjuran tersebut adalah kehadiran Tuan Yang Terutama Negeri (TYT), Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri, Toh Puan Majimor Shariff

.
Bersempena penganjuran tersebut, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng dan Timbalan Ketua Menteri II, Prof. Dr. P. Ramasamy menyempurnakan upacara menyalakan Kutthu Vilakku sambil diperhatikan Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman sebelum
berlangsungnya majlis berkenaan.

Turut hadir, barisan Exco Kerajaan Negeri; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Farizan Darus; para Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta.

KETUA Menteri dan Dr. P. Ramasamy (empat dari kanan) menyalakan Kutthu Vilakku pada Majlis Rumah Terbuka Deepavali Peringkat Negeri Pulau Pinang di sini baru-baru ini.
KETUA Menteri dan Dr. P.
Ramasamy (empat dari kanan)
menyalakan Kutthu Vilakku
pada Majlis Rumah Terbuka
Deepavali Peringkat Negeri
Pulau Pinang di sini baru-baru
ini.