Oleh : ZULIANA AZIZ
SEBERANG PERAI – Dalam menjayakan kempen Pulau Pinang Bersih Hijau, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) selaku pihak berkuasa tempatan telah mensyaratkan para pemaju perumahan supaya menanam pokok teduhan di kawasan pembinaan masing-masing sebelum mendapatkan pelan kelulusan daripada pihak berkenaan di sini.
Menurut jurucakap MPSP, Soon Lip Chee, sekiranya didapati pemaju gagal memenuhi syarat ditetapkan dan didapati pokok yang ditanam adalah tidak sesuai, maka, MPSP berhak untuk menangguhkan atau tidak meluluskan sijil kedudukan (OC).
“Justeru, pemaju dinasihatkan agar menanam pokok bersesuaian dengan perumahan yang bakal didirikan sekaligus menepati kempen Pulau Pinang Bersih Hijau yang disarankan oleh Kerajaan Negeri,” ujarnya kepada Buletin Mutiara di sini, baru-baru ini.
Dalam pada itu, orang ramai juga diseru supaya memberikan kerjasama dan menyalurkan maklumat sekiranya terdapat pokok-pokok yang telah mati dan ditebang.
“Ini adalah bagi memboleh dan memudahkan pihak MPSP menanam semula pokok-pokok baru di tempat-tempat berkenaan,” jelas beliau.
Jadual statistik penanaman pokok teduhan bagi tahun 2011 :
BULAN |
MPSP | PIHAK PEMAJU |
Januari |
572 |
|
Februari | ||
Mac | ||
April |
2322 |
|
Mei |
48 |
|
Jun |
196 |
|
Julai |
723 |
3209 |
Ogos |
8 |
|
September |
170 |
|
Oktober |
556 |
1081 |
November |
349 |
|
Disember |
175 |
|
JUMLAH KESELURUHAN | 2225 |
7184 |